Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAin Edruce Kongsi Rakaman CCTV Soraya Diserang Sawan, Netizen Sebak!-“Bab Anak Ni...

    Ain Edruce Kongsi Rakaman CCTV Soraya Diserang Sawan, Netizen Sebak!-“Bab Anak Ni Memang…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsi detik cemas terpaksa meninggalkan set program Melodi apabila mendapat berita anak perempuannya, Soraya yang secara tiba-tiba diserang sawan, semalam.

    Menurut Ain Edruce menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa kejadian yang pertama kali menimpa anak perempuannya itu adalah berpunca daripada demam panas yang dialami Soraya selama tiga hari yang tidak kebah biarpun sudah diberikan ubat.

    “Soraya dah demam 3 hari. Dalam 4 pagi tadi, demam dia naik 40. Dah bagi ubat pun tak surut-surut. Dalam pukul 10.30 pagi tadi, dia bangun tidur macam happy dah. Hati aku pun tenang lah.

    So dah sampai set semua, dah rehearse dengan abg @bellngasriofficial semua dapat call yang soraya masuk hospital.. pastu aku try call @amirul_hafizz balik, dia kata soraya sawan. Gugur jantung aku 😭😭😭.

    Dengan nak start @meloditv3 nya.. tuhan je tau perasaan aku macam mana.
    Thank you team @meloditv3 sebab faham situasi aku. And thanks abang @bellngasriofficial jadi penyelamat ain 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻 “-kongsi Ain di Instagram

    Kongsi Rakaman CCTV Soraya Diserang Sawan

    Menerusi Insta Stories, Ain turut memuatnaik video rakaman CCTV yang memaparkan situasi tidak keruan suaminya, Amirul yang mendukung Soraya yang dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke hospital.

    Netizen & Rakan Selebriti Sebak!

    Video rakaman CCTV yang dikongsi Ain telah menimbulkan rasa sebak di kalangan netizen dan rakan selebriti terutamanya yang bergelar ibu. Malah, ramau yang menitipkan doa agar Soraya diberikan kesembuhan dengan cepat.

    “Ternangis tengok CCTV masa kejadian Soraya kena sawan 😭 .”

    “Paling takut bila anak demam sampai sawan. Ya Allah minta jauh laa. Get well soon Soraya.”

    “Nak nangis tengok IG Stories Ain 😭 . Sensitif betul pasal anak-anak sakit ni. Syafakillah Soraya sayang. Cepat sihat baby girl.”

    “Bila ada anak, tengok anak orang jadi macam ni. Kita sama-sama ikut rasa nak gugur jantung tu 😭😭 .”

    Kita tengok story Ain, jantung kita macam nak pecah, bab anak ni memang tak boleh lah 😭😭😭.”

    Sama-sama kita doakan agar Soraya cepat sembuh!


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts