Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAina Abdul Bakal Gegarkan Kota Singapura, Kini Sedang Siapkan Busana Lebih Unik...

    Aina Abdul Bakal Gegarkan Kota Singapura, Kini Sedang Siapkan Busana Lebih Unik & Kreatif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berita baik untuk peminat seni dan muzik di Singapura! Aina Abdul, artis versatil nombor satu negara yang terkenal dengan vokal memukau, sedang bersedia untuk menyerikan pentas di Kota Singa. Dengan pencapaiannya yang memukau penonton di Malaysia dan beberapa negara lain, selepas ini Aina Abdul  bakal menggegarkan kota singa dengan konsert diberi nama A Night With Aina Abdul Live In Singapore.

    Dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi di Menara Kuala Kumpur, Aina bersama wakil dari Neptune Presents selaku penganjur mengumumkan konserti itu bakal berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada tanggal 6 Januari 2024. Dengan kapasiti ruangan yang mencapai 1,800 penonton, acara ini diharapkan akan menjadi sorotan utama dalam kalendar hiburan Singapura.

    Aina bakal mempersembahkan 26 rangkaian lagu hits menerusi konsert berdurasi selama 2 jam 30 minit itu. Lebih hebat, persembahannya akan diiringi 15 pemuzik profesional yang diterbangkan dari Malaysia di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Mac Chew.

    Dalam sidang media itu, Aina berjanji untuk memberikan pengalaman yang benar-benar tak dilupakan pada malam tersebut. Sebagai elemen kelainan, Aina mungkin menghadirkan penyanyi undangan yang masih menjadi rahsia.

    Aina bukan sahaja akan naik ke pentas dengan suara merdunya, malah dengan penampilan fesyen yang bakal mencuri tumpuan di konsertnya di Singapura. Aina berkata, dia akan memberikan pengalaman visual yang luar biasa.

    Seperti konsert sebelumnya, Aina bakal tampil dengan mengenakan rekaan busana yang unik dan kreatif, mempamerkan kepelbagaian dan kemahiran rekaan pereka fesyen terkemuka. Akui sedang sibuk untuk merancang dan menyiapkan busana untuk konsert akan datang, Aina berkata setiap pakaian direka dengan teliti untuk mencerminkan personaliti artistiknya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gambar Aina Abdul Dari Peminat Cilik Untuk Autograph Raih Perhatian Ramai!-“Ingat Gambar Ruminah Sidek”

    Bagi peminat yang tidak sabar untuk menonton persembahan epik Aina Abdul di The Theater at Mediacorp, tiket konsert boleh didapati bermula  dari 88 SGD hingga 258 SGD bermula hari Rabu (29 November 2023) melalui laman web rasmi www.ainaabdul.my.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts