Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAina Abdul Berazam Menurunkan Berat Badan 7kg Sebelum Konsert MPO – 'Cabaran...

    Aina Abdul Berazam Menurunkan Berat Badan 7kg Sebelum Konsert MPO – ‘Cabaran Menyanyi Dengan Orkestra’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aina AbdulAina Abdul

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul memaklumkan dia dalam proses menurunkan berat badan sebelum menjelang konsert bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada 11 dan 12 Mei ini.

    Turun berat untuk konsert

    Aina AbdulAina Abdul

     

    Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata untuk menurunkan berat badan dia perlu bersenam memandangkan konsert tersebut menuntut stamina yang tinggi selain akui akan mencabar kredibilitinya sebagai penyanyi.

    Saya sasar nak turunkan berat badan banyak lagi sebelum konsert di MPO. Jadi sepanjang bulan Ramadan ini saya tetap pergi ke gimnasium. Saya kira ini konsert yang susah dan mencabar untuk saya.

    Lagu-lagu yang akan dibawakan pada konsert itu bernada tinggi dan diambil daripada album sulung saya iaitu Imaji. Oleh itu, saya perlukan stamina yang banyak meskipun MPO bukan pentas yang lincah, namun untuk saya kali ini mahu betul-betul tonjolkan diri saya sebagai penyanyi.

    Kalau sebelum ini ramai yang kata saya terlalu berfesyen sampai lupa profession sebagai penyanyi. Saya mahu pendengar menghayati seorang Aina Abdul sebagai penyanyi.

    Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media yang diadakan di Hyatt Place Bukit Jalil pada Selasa.

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Terus Hidup itu berkata dia menyasarkan untuk menurunkan sebanyak 7 kilogram lagi yang mana berat itu dikatakan ideal dengan ketinggiannya.

    Mahu turunkan lagi 7 kilogram. Berat sekarang saya tidak mahu kongsikan. Saya seorang yang agak rendah, tinggi saya 150 cm. Jadi kalau ikut berat dan tinggi, saya sudah dikategorikan sebagai overweight. Sekarang berat saya menuju 50 kilogram.

    Susah untuk turunkan berat apatah lagi seorang penyanyi. Saya tidak akan makan sebelum menyanyi tetapi akan makan selepas habis membuat persembahan. Selalunya habis lewat malam baru lah sempat makan berat.

    Ingatkan saya seorang sahaja hadapi masalah ini, rupanya rakan-rakan penyanyi lain pun berdepan situasi sama macam saya.

    Saya pernah diet tanpa bersenam dan kesannya pada nyanyian saya tone suara menjadi nipis. Saya rasa macam kurang sokongan. Jadi saya tukar cara diet, sekarang saya memang bersenam.

    Perasaan diundang MPO

    Aina AbdulAina Abdul

    Sementara itu, disoal mengenai perasaan diundang membuat konsert bersama MPO, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu tiga kali berturut-turut itu berkata perasaannya bercampur baur.

    Saya macam tak percaya dan takut nak menyanyi di MPO. Perasaan sangat gemuruh sebab menyanyi dengan orkestra sangat berbeza, begitu juga dengan cara penyampaian dan teknik.

    Saya diingatkan oleh konduktor untuk menyanyi set lagu di MPO bukan seperti yang pernah saya bawakan sebelum ini. Maksudnya saya kena lebih tumpukan perhatian di setiap nada dalam lagu.

    Sekadar info, Aina bakal menyampaikan sebanyak 16 buah lagu pada konsert tersebut yang kebanyakkan dipilih daripada album sulungnya berjudul Imaji. Antara lagu yang akan dibawa adalah Puas Sudah, Sesal, Kamu, Kejam dan banyak lagi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Suami Hadiahkan Kieda Crepe Kereta Honda N-Box Sempena Hari Jadi, Harga Cecah RM100k – ‘Kereta Idaman, Dia Tak Suka Yang Mahal’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts