Penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘Ratu Fesyen Pelik’, Aina Abdul sekali lagi mencipta kejutan apabila tiba di sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36 dengan menaiki bas.
Naik bas dengan peminat
Lebih manis, ketibaan Aina pada jam 8.53 malam itu turut diiringi kira-kira 30 orang peminat.
Ketika ditemui , Aina berkata ketibaannya dengan menaiki bas adalah kepada peminat selain bas tersebut merupakan lambang kepada konsert jelajah ‘Imaji.’
Bas Imaji, lambang kepada konsert jelajah Imaji. Hari ini saya hadir sebagai diri saya, Aina Abdul.
Bas ini adalah simbolik kepada peminat saya.
Tahun ini, Aina tercalon bagi kategori Penyanyi Wanita Popular yang turut bersaing dengan Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Stacy dan Siti Nordiana.
Imbas kembali, pelantun lagu ‘Sumpah’ membuat kejutan dengan menaiki sebuah lori lutsinar sewaktu sesi karpet merah ABPBH edisi tahun lalu.