Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAina Abdul Buatkan Cikgu Sekolah Rendah Rasa Terharu, -“Allahu Akbar, Aina Ingat...

    Aina Abdul Buatkan Cikgu Sekolah Rendah Rasa Terharu, -“Allahu Akbar, Aina Ingat Saya…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam sebuah temubual yang disiarkan di saluran YouTube Ohbulan, penyanyi terkenal Aina Abdul mendedahkan figura yang pertama mencungkil bakatnya pada usia 12 tahun. Dalam perbualan tersebut, Aina berkongsi bahawa Cikgu yang dikenali dengan nama Samsiah merupakan individu yang sangat penting dalam permulaan perjalanan seninya.

    Menurut Aina, beliau telah mula menyanyi sejak darjah enam, namun tidak pernah menyangka bahawa bakatnya akan mendapat perhatian.

    Aina dah mula menyanyi sejak darjah 6. Permulaan karier saya takkan wujud tanpa Cikgu Samsiah ini,” ujarnya penuh rasa syukur.

    Tambah Aina, Cikgu Samsiah adalah orang terawal yang melihat potensi dan bakat tersembunyinya ketika itu.

    “Cikgu Samsiah ini antara cikgu yang paling rock lah pada zaman dulu. Dia paksa semua pelajar tahun 6 untuk pergi ujibakat. Tak kisahlah boleh nyanyi ke tak boleh ke, semua kena naik pentas dan buku mulut. Tanpa beliau, mungkin saya tidak akan berada di sini sekarang.”

    Cikgu Samsiah Respon?

    Yang menarik, Cikgu Samsiah sendiri turut meninggalkan komen di ruangan komen video temubual tersebut, meluahkan rasa terharu apabila namanya disebut oleh Aina. Komen tersebut berbunyi,

    “Allahu Akbar.. Alhamdulillah terharunya cikgu, Aina ingat siapa yg mula mencungkil bakat seorang murid yg poyo pendiam & pemalu( masa umur 12 tahun tulah ). Semoga Allah sentiasa merahmati & memberkati kamu Aina.Insyaallah kamu akan menjadi penyanyi nombor 1 M’sia bila sampai waktunya.” sambil menzahirkan rasa bangga melihat kejayaan anak didiknya.

    Para peminat juga turut sama meninggalkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Samsiah, menunjukkan betapa pentingnya peranan seorang pendidik dalam membentuk bakat dan masa depan anak-anak. Artikel ini menjadi bukti bahawa guru-guru sering kali memainkan peranan besar dalam mencorak perjalanan hidup seseorang, seperti yang dialami oleh Aina Abdul.

    Kisah hubungan mesra antara Aina Abdul dan Cikgu Samsiah ini benar-benar menyentuh hati, dan memberi inspirasi kepada ramai untuk menghargai guru-guru yang telah memberi dorongan dalam kehidupan mereka.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts