Penyanyi Aina Abdul berkongsi kisah mengenai busana yang digayakan olehnya semasa Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39), semalam.
Broken heart
Menurut Aina, pada 27 Oktober yang lalu, Melinda ada bertanya mengenai idea busana yang mahu digayakan ketika separuh akhir muzik-muzik. Selepas sejam, pelantun suara ‘Puas Sudah’ ini berkata, dia hanya membalas kiriman mesej tersebut dengan emoji broken heart.
Tengah malam, Mel mesej saya tanya dah tidur atau belum. Dia minta saya bagi idea untuk baju separuh akhir. Selepas sejam saya hantar emoji broken heart. Dia kata okey dan terus buat. Sangat seronok bila dapat bekerja dengan seseorang yang ‘gila’ dalam bidang seni.
Berbicara lebih lanjut, Aina memberitahu bahawa lagu ‘Puas Sudah’ adalah hati yang penuh dengan pengharapan, terluka dan hancur.
Terima kasih pihak juri dan tv3 atas peluang ini dan kesayangan Aina, Ainations yang sentiasa mendukung perjalanan seni Aina.
AJL nanti macam mana pula?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terpukau melihat busana Aina. Ujar netizen, Aina seorang yang komited sekiranya melakukan sesuatu perkara. Tambah netizen, mereka tidak sabar untuk menyaksikan persembahan dan busana Aina untuk pentas Anugerah Juara Lagu nanti.
Sekadar info, SFMM39 membariskan juri profesional iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.