Sebanyak 30 buah lagu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39) sekali gus bakal berentap untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Hanya 10 lagu layak ke AJL39
Lebih menarik dan mendebarkan ialah buat pertama kalinya hanya 10 lagu terbaik di SFMM39 yang akan terpilih untuk bersaing di pentas AJL 39.
Antara lagu yang berjaya mara adalah ‘Puas Sudah’ (Aina Abdul), ‘Aura’ (Ernie Zakri), ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ (Misha Omar) dan banyak lagi.
Turut mencuri tumpuan adalah lagu yang bakal dinyanyikan pemenang vokal terbaik sebanyak empat kali di saingan AJL iaitu Hafiz Suip yang berjudul ‘Terus Bersinar’.
Dengan tempat yang terhad, persaingan tahun ini pastinya menjadi lebih hebat dan akan menjadikan persembahan di pentas akhir AJL 39 nanti lebih memukau dan mendebarkan.
Berikut merupakan senarai penuh 30 lagu yang berjaya ke SFMM39:
- Sah – Sarah Suhairi & Alfie Zumi
- Ritma & Rima – Akim Ahmad & Stacy
- Panas – Nikki Palikat
- Menggenggam Bahagia – Sufian Suhaimi
- Dulu Kini Dan Akhirnya – Marsha Milan
- Belakang Tabir – Syamel
- Saksama – Akim & The Majistret
- Diam – Hael Husainie
- Sangkar Derita – Haqiem Rusli
- Masihkah Ada Rasa Itu – Misha Omar
- Puas Sudah – Aina Abdul
- Yennode Macha – Zubir Khan
- Sinar Pelangi – Projector Band
- Gelora – Usop
- Hening Rindu – Marsha Milan
- Memori Mungkin Berulang – Tomok & Siti Nordiana
- Aura – Ernie Zakri
- Pujaanku – Masdo Ft. Aisyah Aziz
- Risiko – Benzoloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
- I L U – Aepul Roza
- O M K – Ezra Khairo & Zubir Khan
- Terus Bersinar – Hafiz Suip
- Tangis – Nabila Razali
- Retak Hatiku – Eira Milpan
- Bukan Lagi Kita – Nadeera Zaini
- Angau – Fahimi Rahmat
- Oh Huminodun – Elica Paujin
- Sengaja – Amir Masdi
- Lemas – Khai Bahar
- Helah – Puteri Khareeza
SFMM39 bakal berlangsung pada 14 dan 15 November ini pada jam 9 malam dan akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.
Penonton boleh menyaksikan SFMM39 secara langsung menerusi siaran TV3 jam 3 petang atau strim secara HD di aplikasi TonTon.