Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAina Abdul Jawab Dakwaan Bercinta Dengan ‘Videographer’ Peribadi – ‘Banyak Hati Yang...

    Aina Abdul Jawab Dakwaan Bercinta Dengan ‘Videographer’ Peribadi – ‘Banyak Hati Yang Perlu Saya Jaga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aina AbdulAina Abdul

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyangkal dakwaan dia mempunyai hubungan istimewa dengan juruvideo peribadinya seperti diperkatakan segelintir pihak.

    ‘Tiada yang istimewa’

    Aina AbdulAina Abdul

    Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, menegaskan, tidak ada mana-mana lelaki yang bertakhta dihatinya ketika ini.

    Saya perlu berhati-hati untuk jawab soalan ini, banyak hati yang perlu saya jaga terutama ibu saya. Ini kerana keluarga lebih mengutamakan kerjaya.

    Tapi apa yang boleh saya katakan tiada seseorang yang istimewa dalam hati, saya hanya fokus kerja.

    Siapapun lelaki yang datang dalam hidup saya mereka akan rugi dan tidak beruntung kerana saya sangat sibuk.

    Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman konsert Aina Abdul Imaji Tour yang berlangsung di ibu kota, pada Isnin.

    Disoal punca dakwaan tersebut timbul, Aina menjelaskan, dia tidak pernah berkongsi hal peribadi dalam media sosial secara berlebihan.

    Saya tak pernah dan tidak akan kongsi berkenaan perkara itu (cinta) kerana sangat peribadi. Cukuplah kenali saya melalui lagu-lagu saya.

    Tidak ada apa yang akan keluar dari mulut saya. Apa sahaja yang dispekulasikan, ia adalah kerana saya hanya bekerja dan berjumpa dengan orang yang sama.

    Serah pada Ilahi

    Aina AbdulAina Abdul

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Terus Hidup ini berkata, pintu hatinya masih belum terbuka untuk bercinta dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

    Saya boleh katakan, hati ini masih belum bersedia. Banyak perkara yang perlu saya uruskan termasuk fasal konsert.

    Bila masanya pintu hati akan terbuka, Allah sahaja yang mampu menjawab soalan itu. Tidak berani nak kata tidak pada cinta, kerana itu semua perancangan Allah.

    Terdahulu, beberapa individu meninggalkan komen pada sebuah video memaparkan Aina berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Pengantin Lelaki Dedah Perkara Sebenar..Dah Perhabis Lebih RM30k – ‘Ada Penglibatan Orang Ketiga’

    Komen berkenaan mendakwa Aina menjalin hubungan cinta dengan juruvideo peribadinya yang bekerja di bawah naungan Aina Abdul Entertainment.

    Dalam perkembangan lain, konsert Aina Abdul Imaji Tour bakal singgah ke tiga lokasi iaitu di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember, ZEPP KL pada 27 Disember dan Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah pada 11 Januari.

    Tiket dijual bermula 9 September 2024 jam 10 pagi di www.ticket2u.com.my.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts