Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAina Abdul Lebih Berhati-Hati Bekerjasama Dengan Pihak Penganjur – ‘Perlu Berani Bincang...

    Aina Abdul Lebih Berhati-Hati Bekerjasama Dengan Pihak Penganjur – ‘Perlu Berani Bincang Soal Kos, Duit Sangat Penting’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aina AbdulAina Abdul

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyatakan dirinya akan lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak terutama bagi menganjurkan konsert berskala besar.

    Ambil pengajaran

    Aina AbdulAina Abdul

    Ketika ditemui , Aina berkata dia mengambil pengajaran berhubung apa yang terjadi sewaktu menganjurkan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0) di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tahun lalu.

    Saya harap ini menjadi pengajaran untuk saya dan penyanyi di luar sana perlu lebih berani untuk bincang isu melibatkan kos, untung rugi sebuah konsert dan paling penting semuanya harus ada hitam putih.

    Duit, kos dan untung rugi adalah perkara yang sangat penting. Perlu jelas dengan soal perniagaan muzik sebab banyak sangat benda berlaku.

    Apa yang berlaku pada saya adalah apabila sudah separuh jalan baru tahu perkara yang dipersetuju berbeza dengan pemahaman saya. Itu yang saya belajar.

    Saya tidaklah matang sangat dalam industri, baru beberapa konsert saja. Tetapi sekarang ramai penyanyi selesa untuk mengadakan konsert, jadi pesanan saya pastikan bincang soal duit dan harus ada hitam putih (kontrak).

    Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis iftar bersama media yang diadakan di Hyatt Palace Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Melanjutkan bicara, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata konsert ANWAA 3.0 tidak memberi sebarang keuntungan kepada pihaknya. Pun begitu, Aina mengakui kekhilafan daripada pihaknya.

    Sebenarnya saya masih tidak jelas sampai sekarang. Kalau tanya saya di mana keuntungan, saya tidak rasa apa-apa.

    Jadi, kita lihat macam mana rezeki akan datang kalau perkara ini boleh diselesaikan tetapi buat masa ini masih terumbang-ambing.

    Saya sendiri pun banyak kesilapan. Malah, pihak saya sendiri tidak berapa tegas dan tidak pandai dalam urusan bisnes.

    Jadi, saya tidak akan ambil sebarang tindakan hanya ‘move on’ sahaja dan buat benda lain pula.

    Dalam perkembangan terkini, selain muncul dengan lagu Aidilfitri berjudul Jalan-Jalan Hari Raya, Aina kini sibuk membuat persiapan konsert bersama Malaysian Phiharmonic Orchestra (MPO) yang dijadualkan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC pada 11 dan 12 Mei ini.

    ALSO READ:  ‘Childfree Adalah Ideologi Bodoh, Telah Guris Hati Pejuang Macam Saya’ – Achey

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts