Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAinul Aishah berkongsi pengalaman trimester pertama yang sukar, jarang keluar rumah kerana...

    Ainul Aishah berkongsi pengalaman trimester pertama yang sukar, jarang keluar rumah kerana kesihatan yang tidak stabil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Ainul Aishah akhirnya memberitahu kepada umum bahawa dia sedang hamil cahaya mata sulung. Tahniah!

    Tak sabar nak jadi ibu

    Menerusi posting di Instagram, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, berkata, dia dan suami sudah lama menanti kehadiran zuriat sulung dan tidak sabar untuk bergelar ibu dan ayah.

    Saya dan suami teruja untuk berkongsi khabar gembira yang baru sahaja diterima. Saya sudah lama mahu menjadi seorang ibu tetapi tidak tahu sama ada mempunyai rezeki. Jadi, saya gembira dan bersyukur apabila mendapati saya hamil.

    Tambah Ainul, dia memohon doa ramai agar dipermudahkan urusan sepanjang proses kehamilan.

    Saya percaya dengan rancangan Allah untuk saya dan suami. Kami teruja menjadi ibu bapa dan tidak sabar bertemu anak sulung kami. Namun, buat masa sekarang harus tunggu dahulu. Semoga bayi kami dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat.

    Tolong juga doa untuk saya lancarkan perjalanan kehamilan dan kelahiran kelak.

    Pelakon filem ‘Nana Tanjung’ ini juga sempat berkongsi mengenai momen trimester pertama kehamilannya. Ujar Ainul, dia jarang keluar ruamh kerana kurang sihat setiap hari.

    Menurut Ainul, pada masa tersebut dia mempunyai banyak koleksi gambar yang kurang cantik. Namun begitu, di trimester yang kedua, dia berjaya mengambil sekeping gambar bersama suami tercinta.

    Foto kegemaran saya, nampak senyuman dan ‘baby bump’ ketika trimester yang kedua.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts