AirAsia sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengadakan sambutan meriah bersempena Tahun Baru Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Acara yang berlangsung pada Jumaat lalu itu berjaya menarik perhatian ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk persembahan kebudayaan dari FUN Team dan peluang memenangi hadiah istimewa.
Kemuncak sambutan tersebut adalah pemberian hadiah penerbangan percuma kepada beberapa tetamu bertuah. AirAsia telah memilih penumpang secara rawak di balai pelepasan dan menghadiahkan mereka tiket penerbangan percuma ke destinasi pilihan dalam rangkaian penerbangan AirAsia. Pengumuman ini disambut dengan sorakan gembira dan senyuman lebar daripada para pemenang.
Dalam pada masa yang sama, AirAsia meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba dengan majlis perlepasan istimewa untuk penerbangan tambang tetap AK 9155 telah pada 24 Januari 2025 dari Kuala Lumpur ke Kuching.
Majlis ini disertai oleh Datuk Kapten Chester Voo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 pada jam 10:20 malam pada hari Jumaat 24 Januari Dengan muatan penumpang yang mengagumkan sejumlah 100 peratus dan ketibaan di Kuching pada jam 12:10 pagi.
Mendaftar masuk secara kendiri
Para tetamu yang membuat perjalanan pada musim perayaan ini adalah digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia dari 14 hari sebelum tarikh berlepas dan menggunakan Pas Masuk Elektronik untuk menaiki penerbangan. Bagi pengalaman perjalanan yang lancar, para tetamu dinasihatkan untuk tiba awal di lapangan terbang. Kaunter daftar masuk bagasi dibuka tiga (3) jam sebelum berlepas untuk penerbangan antarabangsa dan dua (2) jam sebelum berlepas untuk penerbangan domestik.
AirAsia mengucapkan selamat jalan kepada semua tetamu yang akan bertemu semula dengan keluarga mereka dan orang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini. Gong Xi Fa Cai!