Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentairasia Superapp Memperkenalkan ‘Inisiatif Payung Rahmah’, Ada Promosi RM1 airasia ride!

    airasia Superapp Memperkenalkan ‘Inisiatif Payung Rahmah’, Ada Promosi RM1 airasia ride!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    airasia Superapp memperkenalkan tiga inisiatif sebagai sebahagian daripada sokongannya terhadap inisiatif Payung Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, untuk memudahkan perjalanan dan ketersambungan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

    Inisiatif Payung Rahmah dengan airasia Superapp telah dilancarkan hari ini oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup semasa sidang media di ibu pejabat airasia Superapp di KL Sentral.

    Turut hadir ialah Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Mohamad Hafidz Mohd Fadzil, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif airasia Superapp, dan Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride.

    Menerajui inisiatif untuk memudahkan ketersambungan mampu milik di darat adalah promosi RM1 airasia ride di lima kawasan popular terpilih, iaitu Putrajaya & Cyberjaya (sebagai satu kawasan gabungan), Bukit Bintang, Bandar Sunway, Bangsar South dan Mont Kiara. Promosi ini tersedia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 12.00 tengah hari, untuk 3,000 tempahan pertama setiap hari (tertakluk kepada caj minimum tempahan perjalanan bernilai RM5).

    Setiap tempahan RM1 airasia ride akan diberi peluang untuk menebus Pakej Rahmah ‘Ride, Fly & Stay’ di mana pengguna airasia ride itu akan menerima kod promosi RAHMAH50 untuk potongan harga RM50 untuk tempahan hotel dan potongan harga RM50 untuk tempahan penerbangan ke mana-mana destinasi antarabangsa melalui platform OTA (ejen pelancongan dalam talian).

    Selain itu, kod promosi RAHMAH50 ini juga boleh digunakan secara asing untuk mendapatkan potongan harga RM50 ke atas tempahan tunggal airasia hotel (tertakluk kepada setiap 100 tempahan pertama setiap hari) atau tempahan tunggal penerbangan OTA di airasia Superapp (tertakluk kepada setiap 100 tempahan setiap hari).

    ALSO READ:  Netizen Teruja Bella Astillah & Muaz Zabir Kongsi Satu ‘Frame’ Di Jom Heboh – ‘Layak Terima Kebahagiaan, Sweet!’

    Ikuti perkembangan terkini daripada airasia Superapp dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Superapp anda daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.



    Credit: Jalan-Jalan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts