Nama pempengaruh Aisar Khaled tiba-tiba meledak dan semakin dikenali di Indonesia sehinggakan ke mana sahaja dia pergi pasti diserbu oleh peminat.
20,000 peminat
Perkara itu terbukti jelas menerusi sepotong video yang dimuat naik Aisar di platform TikTok miliknya.
Dalam video berkenaan, pempengaruh berusia 24 tahun itu terpaksa dikawal oleh beberapa pihak polis ketika berada di sebuah kawasan di Aceh.
Menerusi ruang kapsyen, Aisar memberitahu, peminat yang hadir ke lokasi tersebut seramai 20,000 orang sekali gus membuatnya berasa terharu.
Aceh Indonesia dibanjiri lebih 20,000. Aku rasa nak menangis ini. Jadi ke kota mana seterusnya?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terkejut melihat situasi tersebut dan menyifatkan Aisar seperti seorang selebriti terkenal.
Namun, tidak kurang juga segelintir warganet yang berasa malu dengan tindakan peminat yang menyerbu Aisar.