Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAisha Retno Berterima Kasih, Nyanyian Pelat Leona Lonjakkan Tontonan Lagu ‘Ketipak Ketipung...

    Aisha Retno Berterima Kasih, Nyanyian Pelat Leona Lonjakkan Tontonan Lagu ‘Ketipak Ketipung Raya’ – ‘Kesilapan Itu Comel & Tak Dibuat-Buat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tindakan penyanyi, Aisha Retno yang menyanyikan semula lagu raya nyanyiannya yang berjudul ‘Ketipak Ketipung Raya’ dengan menggunakan perkataaan ‘bawang’ telah meraih perhatian ramai.

    Mana tidaknya, sebelum itu, ada yang mendakwa penyanyi tersebut melenting dengan tindakan pempengaruh, Kasih Iris Leona yang telah menukar lirik lagu asal daripada ‘sayang’ menjadi ‘bawang’.

    Aisha tak melenting

    Terbaharu, pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan tujuan sebenar dirinya menyanyikan semula lagu tersebut dengan lirik ‘bawang’ sekadar untuk mengusik Leona.

    Tambah Aisha, dia juga berterima kasih dengan tindakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang telah membantu melonjakkan jumlah tontonan lagu di platform YouTube dan TikTok.

    Mungkin netizen menyangka saya melenting apabila saya seolah-olah membidas Leona dengan menyanyikan kembali lagu itu menggunakan perkataan bawang.

    Tapi saya sama sekali tak marah sebaliknya sangat berterima kasih pada Leona kerana dalam masa sehari saja, video saya mencecah 7 juta tontonan di TikTok.

    Tontonan muzik video di YouTube juga melonjak daripada 3 juta lebih menjadi hampir 4 juta. Bagi saya kesilapan yang dibuat Leona itu sesuatu yang comel dan tidak dibuat-buat.

    Dalam pada itu, Aisha memaklumkan dia dan Aziz Harun berbesar hati apabila personaliti media sosial yang terkenal seperti Leona menyedari akan kewujudan lagu mereka.

    Bagi seorang yang menetap di luar negara tapi boleh tahu lagu kami adalah sesuatu yang cukup membanggakan sekali buat kami.

    Terima kasih banyak-banyak kerana orang macam Leona wujud di negara ini. Tak sangka dia boleh perasan lagu kami.

    Selama ini saya dan Aziz tak mengikuti pun akaun media sosialnya tapi kami tahu betapa popularnya dia dan sekarang kami sudah pun mengikutnya.

    Siapa tahu selepas ini mungkin kami boleh keluarkan single baru dengan menggunakan perkataan bawang bagi mengekalkan popularitinya.

    Terdahulu, Leona mencuri perhatian apabila menukar lirik lagu ‘Ketipak Ketipung Raya’ nyanyian Aisha dan Aziz daripada ‘sayang’ kepada ‘bawang’ di TikTok.

    ALSO READ:  Isteri Pandu Kereta, Mark Adam Dedah Tak Ada Lesen Akibat Trauma – ‘Saya Nak Dia Berada Di Mana Saya Berada’

    Video

    @leonathe2ndNew raya song? original sound – le yoooooooo na

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts