Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Aisha Retno ‘Block’ Saya’- Penganjur Konsert Akhirnya Buka Mulut

    ‘Aisha Retno ‘Block’ Saya’- Penganjur Konsert Akhirnya Buka Mulut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penganjur konsert Kharisma Music International, mendedahkan situasi sebenar di sebalik pembatalan konsert yang melibatkan penyanyi muda, Aisha Retno. Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Yuka menjelaskan keputusan pembatalan itu bukan sahaja berpunca daripada penjualan tiket yang kurang memberangsangkan tetapi juga kerana tiada kata sepakat antara pihaknya dan Aisha Retno Entertainment (ARE)  dalam isu penangguhan konsert.

    View this post on Instagram

    A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

    Menurut Yuka, pihaknya telah berusaha mencari jalan penyelesaian dengan berbincang bersama pihak Aisha untuk menukar tarikh konsert. Namun, perbincangan tersebut tidak membawa hasil.

    “Kami sudah cuba berbincang untuk menunda konsert ke tarikh lain, tetapi tiada kesepakatan dicapai,” jelas Yuka.

    Selain itu, Yuka turut menegaskan bahawa kurangnya promosi daripada pihak Aisha di media sosial turut menyumbang kepada situasi ini.

    “Saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa. Malah, saya anggap Aishah seperti keluarga sendiri. Keputusan ini diambil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” katanya sambil menahan sebak.

    “Sebagai penganjur kami sudah membuat promosi menerusi ads namun kita juga sangat terbatas dan kita minta (Aisha) satu video, ia memakan masa hampir dua bulan. Artis juga memainkan peranan yang besar untuk sebuah konsert. Kalau kata kita kurang promosi kena tanya juga bagi pihak artis, adakah anda sudah buat banyak promosi di sosial media anda?”- tambahnya lagi

    Namun, apa yang lebih menyedihkan buat Yuka adalah tindakan Aisha yang bertindak memutuskan hubungan selepas pembatalan itu. Yuka mengakui menerima mesej daripada Aisha yang meluahkan rasa kecewa, tetapi tidak sempat membalasnya kerana Aisha telah menyekat nombor WhatsAppnya.

    “Dia ada hantar mesej kepada saya, namun tidak dapat saya balas kerana sudah di-block,” dedah Yuka.

    Pembatalan ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat kedua-dua artis. Ada yang menyokong Yuka atas keterbukaannya dalam menjelaskan situasi, manakala ada juga yang bersimpati dengan Aisha.

    View this post on Instagram

    A post shared by YUKA KHARISMA (@yukakharisma)

    Aisha Retno setakat ini belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu tersebut. Peminat kini menantikan penjelasan lanjut daripada pihak ARE.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts