Satu muat naik video di Instagram milik MyAudioPlus telah menjadi perhatian.
Dalam video tersebut, ia merupakan segmen podcast bersama selebriti dan salah satu daripadanya ialah Aisha Retno yang menjadi selebriti jemputan.
Aisha Dedah Status Hubungan
Menjadi perhatian ketika sesi temu bual tersebut adalah bilamana Aisha ditanya mengenai status hubungannya.
Aisha sudah berpunya ataupun tidak asalkan orang tu kiranya boleh terima Aisha dengan keadaan Aisha punya jadual yang padat macam ni lah.
Aisha Retno mendedahkan dalam sesi temu bual tersebut bahawa dia sudah mempunyai teman istimewa yang memahami kerjaya seninya yang sibuk.
Enggan mendedahkan identiti lelaki itu, Aisha menyerahkan soal jodoh itu kepada takdir.
Dan dia dah terima, begitulah. Kalau kita menikmati kehidupan itu dan tidak tertekan, saya percaya benda itu akan membuahkan hasil
Bersyukur Dan Berterima Kasih Kepada Semua
Dalam masa yang sama, Aisha juga turut bersyukur apabila kehadirannya dalam bidang seni ini terus berkembang hasil sokongan dan doa keluarga.
Nak sampai ke titik ini saya rasa saya tak akan berjaya tanpa sokongan ibu bapa saya dan rakan-rakan.
Ia bukan jalan yang mudah, tanpa sokongan mereka selain usaha serta minat.
Saya tak rasa saya mampu ada di sini.
Dia tidak putus putus menunjukkan penghargaannya ke atas ibu bapa dan “team” yang bekersama dengannya.
Baginya, setiap langkah sebagai artis untuk sampai ke titik ini memang tak mudah dan memang mencabar.