Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAisha Retno Tampil Dengan Single Terbaharu Berjudul Samudera, Konsert Sulung Menyusul 16...

    Aisha Retno Tampil Dengan Single Terbaharu Berjudul Samudera, Konsert Sulung Menyusul 16 November

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setelah mencipta kejayaan merangkul trofi naib juara dan persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu nyanyian dan ciptaannya bersama MFMF, Sutera Mac lalu, Aisha Retno kini tampil dengan single terbaharu berjudul Samudera pula.

    Mengetengahkan Elemen Warisan Kelantan

    Menariknya tentang Samudera, ia mengetengahkan elemen warisan budaya Negeri Kelantan dalam bait lirik serta liriknya.

    Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, dia gembira kerana dapat menonjolkan elemen budaya yang indah menerusi karya yang dihasilkan.

    Kali ini Aisha membawakan elemen tradisi dari Negeri Kelantan pula kerana selain mewarisi darah Indonesia daripada ibu, dia juga berdarah Kelantan yang diwarisi daripada Ayah.

    Jadi dalam lagu Samudera, dia memberi penghargaan kepada warisan budaya Kelantan seperti mak yong dan dikir barat.

    Dedikasi Buat Kaum Wanita

    via Archieve

    Baginya, Aisha merasa sangat bertuah kerana dapat meneroka budaya yang mengalir dalam darah dirinya.

    Dalam pada itu, Aisha berkata dia mendedikasikan lagu Samudera kepada kaum wanita di luar sana.

    Penceritaan lagu ini yang diinspirasikan daripada legenda Hikayat Cik Siti Wan Kembang pastinya menyampai mesej yang positif dan memberi semangat kepada pendengar.

    Kisah hikayat ini menarik perhatian Aisha kerana ramai lelaki yang cuba menawan hati Cik Siti Wan Kembang namun gagal.

    Apa yang ketara, Cik Siti Wan Kembang telah menunjukkan rasa cinta yang sangat kuat terhadap Negeri Kelantan.

    Simbolik Apa Yang Dilalui

    via Archieve

    Di situ kita dapat lihat bahawa cinta bukanlah tentang pasangan yang berkasih sayang semata-mata.

    Selain itu, lagu ini juga menjadi simbolik kepada Aisha dengan apa yang dilaluinya.

    Tahun 2024, dia melalui banyak cabaran dan pada masa sama banyak juga rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Dari Dulu Saya Memang Minat Benda Yang Cantik’- Dr Che Hafiz

    Semua cabaran dan rezeki yang diperoleh ini dianggap seluas Samudera. Sebab itulah lagu ini sangat bermakna untuknya kerana setiap bait lirik yang ditulis, kisahnya dekat dengan diri Aisha.

    Ayah Aisha pula menasihati dari segi lirik yang menggunakan perkataan Kelantan. Sebenarnya dia ambil masa yang agak lama untuk membuat perbincangan terutama untuk menghasilkan lirik yang diinspirasikan daripada Hikayat Cik Siti Wan Kembang.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts