Penyanyi, Datuk Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin meluahkan rasa kecewa dengan sikap penghantar makanan yang dikatakan bersikap sambil lewa.
Makanan Diletakkan Berhampiran Dengan Longkang
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu ini menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa makanan yang dipesan telah diletakkan oleh penghantar makanan berkenaan di luar pagar berhampiran dengan longkang di kediamannya.
“Semalam jadualnya untuk soundcheck di Glenmarie Hotel jam 4.30. Saya pun order la makanan berbuka untuk kami tengah hari tu. Tunggu punya tunggu tak sampai, check rupanya notification mengatakan dah deliver.
Saya pun keluar ke depan rumah, eh tak ada pun. So saya pun call driver delivery ni. Baru dapat tahu dia letak makanan saya di luar pagar kat lantai berhampiran longkang 😰😰. Saya sedih laa bila makanan kita orang buat macam tu.”-kongsi Aishah di Instagram
Dimarahi Rider Wanita
Tidak berakhir di situ, Aishah juga mendedahkan bahawa dirinya dimarahi penghantar makanan berkenaan selepas dikatakan tidak menjawab panggilan telefonnya, sedangkan penyanyi berusia 59 tahun ini tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada ‘rider’ wanita tersebut.
“Tapi yang tak bestnya delivery girl tu marah saya balik, dia claim dia call berkali-kali saya tak angkat. Sedangkan saya dah lama menunggu, dan tak ada call yang masuk. Dan saya boleh buktikan tak ada missed call.
Saya tegur dia, saya nasihatkan orang dalam service industry ni kenalah cakap baik-baik, eh dah dia lak marah-marah kita tak angkat call katanya.
Tapi, makanan tu tak boleh ke letak atas tembok atau sangkut dekat gate. Kat bawah tu macam-macam binatang ada, dengan semutnya macam-macam.”-kongsi Aishah lagi
View this post on Instagram
Apa komen anda?