Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAishah Mahu Fokus Jaga Anak & Kucing Peliharaan – ‘Tiada Suami Tidak...

    Aishah Mahu Fokus Jaga Anak & Kucing Peliharaan – ‘Tiada Suami Tidak Bererti Tak Bahagia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelantun suara ‘Janji Manis Mu’ iaitu Datuk Aishah menafikan dakwaan bahawa dirinya sudah kembali mendirikan rumah tangga selepas dua tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

    Saya belum berkahwin

    Menurut Aishah, dia sudah boleh agak akan timbulnya spekulasi apabila dia menggayakan persalinan serba putih dengan solekan persis pengantin, baru-baru ini.

    Menurut Aishah, selepas foto tersebut viral, sudah ada beberapa pihak menghubunginya bagi mendapatkan pengesahan. Bahkan, ada juga yang mengucapkan tahniah.

    Saya hargai keprihatinan anda, tetapi untuk pengetahuan, saya belum berkahwin. Foto ini dirakam ketika saya menjalani penggambaran untuk satu projek yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

    Secara kebetulan, seorang teman ada bersama dan merakamkan gambar saya dari segenap sudut termasuk jari berhias cincin dan dikongsikan dalam media sosial.

    Disebabkan itu, ramai menyangka saya kembali berumah tangga. Semua ini hanya salah faham sahaja.

    Tambah Aishah, dia tidak mempunyai masalah apabila foto tersebut viral. Cuma, tak sedapnya, bila ada yang mengambil kesempatan mengecamnya dengan mengungkit kisah silam.

    Ramai ucap tahniah dan gembira melihat saya bahagia, namun ada juga seolah-olah tak puas hati dan mudah menjatuhkan hukum.

    Saya dicop artis kahwin dan cerai. Soal jodoh, semuanya ketentuan Tuhan dan tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai.

    Buat masa ini, saya tiada masa nak fikir dan mencari calon suami. Jujurnya, saya sudah malas.

    Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Tiada suami tidak bererti tak bahagia. Orang perempuan okey sahaja hidup seorang.

    Masa saya banyak terisi dengan kerjaya dan membuat kraftangan. Hidup saya fokus jaga anak-anak dan kucing peliharaan.

    Berbicara lebih lanjut, Aishah berkata, dia akan memberitahu semua orang sekiranya mahu berumah tangga semula.

    Saya tidak akan merahsiakannya. Berdosa kalau kita menipu cakap tak kahwin, tapi sudah berkahwin.

    ALSO READ:  Intan Saleh Berlega Setelah Ude Membatalkan Kes, Izreen Azminda Akan Meneruskan Saman

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts