Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAishah Menyatakan Bahawa Walaupun Bukan Ahli Agama, Dia Mempunyai Pemahaman Sendiri Terhadap...

    Aishah Menyatakan Bahawa Walaupun Bukan Ahli Agama, Dia Mempunyai Pemahaman Sendiri Terhadap Isu Kecaman Yang Dapat Mengurangkan Dosa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, penyanyi Datuk Aishah meluahkan rasa musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keempat yang akan datang. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kecaman buat pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini.

    Bukan itu sahaja, seorang individu dilihat ‘menyekolahkan’ Aishah berhubung kenyataannya ‘Alhamdulillah, semoga dengan berbagai kecaman ini akan mengurangkan dosa-dosa yang lepas’ di Instagram.

    Tipu kalau saya tak pernah menangis

    Menurut Aishah, dia pernah menangis akibat kecaman yang diberikan oleh netizen. Namun begitu, sebagai penyanyi Aishah berkata, dia perlu menjadi seorang yang professional dan ‘bangkit’ semula untuk meneruskan kehidupan.

    Apabila seseorang dimaki, dicaci, dikeji, mungkin yang menulis dan berkata itu tak tahu bagaimana mereka telah menyakiti orang yang dikecam dan adakalanya difitnah. Tipulah kalau I kata I tak pernah menangis akibat kecaman ini. Orang tak nampak sebanyak mana airmata kami ni yang gugur.

    Cuma sebagai seseorang yang professional kita bangun semula, keringkan airmata dan move on. Allah swt. saja tau sakitnya. Apa yang saya belajar apabila Allah beri ujian kepada kita, tak kiralah ujian sakit, fizikal, emosional dan mental Insyallah akan dilupuskan sedikit dosa-dosa yang lalu.

    Di samping itu, Aishah tampil bersuara berhubung komen yang ditinggalkan oleh seorang individu berhubung kenyataan dosa dan pahala.

    Sememangnya saya bukan ahli agama,tapi itu yang saya faham. Sakit bukan dari fizikal saja, emosional dan mental juga boleh disakiti. Sekiranya saudara ni lebih arif tentang agama, boleh saja betulkan sekiranya pemahaman saya ni salah. Dalam Islam kita boleh menegur dan nasihat. Tapi tak ada keperluan untuk menyindir dan seolah menghina pemikiran saya.

    Kalau tuan lebih arif sila hujahkan fakta yang munasabah dan mengikut peradaban Islam. Islam itu indah. Para asatizah sekelian sangat saya alukan untuk memberi pandangan sekiranya apa yang tulis itu tidak benar. Berdakwahlah dengan berhemah.

    ALSO READ:  Ibu Aliff Aziz Syukur Anak Tidak Berniat Jahat, Suruh Fokus Bidang Nyanyian – ‘Jangan Pandang Belakang Lagi’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts