Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAishah Tanggung Derita Disihir, Enggan Terlibat Pertandingan Nyanyian Lagi – ‘Kalau Saya...

    Aishah Tanggung Derita Disihir, Enggan Terlibat Pertandingan Nyanyian Lagi – ‘Kalau Saya Nak Cerita, Dah Boleh Buat Buku Dah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk AishahDatuk Aishah

    Penyanyi berpengalaman, Datuk Aishah tidak menidakkan berlakunya amalan sihir-menyihir dalam kalangan artis yang menyertai pertandingan nyanyian di Malaysia.

    Sihir dalam pertandingan nyanyian

    Datuk AishahDatuk Aishah

    Ketika ditemui , pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin ini memaklumkan bahawa dia juga enggan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian lagi di Malaysia selepas ini kerana pernah menderita pelbagai penyakit daripada perbuatan sihir itu.

    Saya menderita banyak disebabkan perkara itu (sihir). Tapi itulah benda ini tak membuatkan saya masuk ICU kan? Jadi bila saya cakap pasal perkara mistik orang ramai akan cakap tak betul.

    Ada pula yang kata, ‘Alah dah kalah, terima sajalah’. Benda ini pula tak ada sijil atau bukti nak cakap betul disihir. Jadi kalau nak cerita lebih-lebih pun susah.

    Perkara ini membuatkan saya tak mahu dah masuk apa-apa pertandingan di Malaysia.

    Aisyah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sesi makan tengahari bersama media dan peminat yang diadakan di Restoran Rebung Chef Ismail, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    Tambah pelantun ‘Janji Manismu’ itu, pengalaman yang dialamainya terlalu banyak sehinggakan dia boleh untuk menghasilkan sebuah buku.

    Pada saya, saya sangat sedih bila dapat tahu macam mana benda ini terjadi tapi kalau saya nak cerita panjang-panjang pun saya dah boleh buat buku.

    Tapi itulah, tak ada siapa pula nak jemput saya buat podcast kongsi pengalaman yang saya lalui ini.

    Cuma kadang-kadang bila kita bercerita sangat, ada yang tak percaya, ada pula yang sinis. Tapi yang tahu ja tahu. Siapa yang dah terserempak dengan saya, berubat dan sebagainya, mereka tahu.

    Apa sahaja penyakit yang saya tak pernah rasa. Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya dah rasa dari umur saya 16 tahun.

    Tapi, Allah tunjukkan orang buat macam mana pun masih belum ‘masa’ saya lagi. Nak cerita pun susah sebab kita pun tak tahu siapa musuh saya, dia ada spy ke apa ke.

    Ubah mentaliti

    Sementara itu, penyanyi berusia 59 tahun ini menasihatkan agar mana-mana penyanyi yang menyertai pertandingan nyanyian untuk bertanding secara sihat dengan menonjolkan bakat yang sedia ada.

    Sebenarnya kita kena ubah mentaliti. Kita dah maju, negara kita pun dah ada bangunan antara paling tinggi di dunia tapi mentaliti masih ke belakang.

    Bila masuk bertanding, kita bertanding lah secara fizikal, dengan kebolehan dan bakat yang Allah bagi pada kita. Kita kena yakin dengan diri sendiri. Bila dah bercampur baur macam ini, saya letih.

    ALSO READ:  ‘Jangan Pandang Rendah Pada Mereka Yang Lama Pendam & Mendiamkan Diri’ – Ruhainies

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts