Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAisyah Aziz Mendedahkan Isu Aliff Aziz Berkhalwat Dengan Ruhainies - 'Kami Terima...

    Aisyah Aziz Mendedahkan Isu Aliff Aziz Berkhalwat Dengan Ruhainies – ‘Kami Terima Tamparan Hebat’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aisyah AzizAisyah Aziz

    Penyanyi, Aisyah Aziz tampil bersuara berhubung kontroversi membabitkan abangnya iaitu Aliff Aziz dengan aktres, Ruhainies yang didakwa berkhalwat, baru-baru ini.

    Tamparan hebat

    Aisyah AzizAisyah Aziz

    Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story), Aisyah berkata dia dan keluarga menyedari mengenai isu tersebut dan akui hal itu memberi tamparan yang hebat buat mereka.

    Bagaimanapun, Aisyah menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sesuatu berita yang tidak sahih sehingga mendatangkan aib kepada dia sekeluarga.

    Kami sekeluarga telah menerima tamparan yang hebat sejak kebelakangan ini. Tamparan hebat daripada orang jahil. Namun saya tidak boleh menilai anda berhubung perkara itu (kes berkhalwat).

    Mungkin bercakap tentang itu dan menyebarkannya membuatkan anda rasa seronok, namun saya berharap anda boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau aib kerana kami mungkin diuji untuk itu.

    Justeru, pelantun lagu Mimpi itu berpesan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam berkongsi sesuatu berita.

    Allah telah menutup aib kita daripada dilihat seluruh dunia, janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain.

    Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita membabitkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan aktres Ruhainies yang ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

    Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts