Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAisyah Hijanah Akhirnya Bersuara, Stres Antara Punca Saiz Bayi Kecil Dari Usia...

    Aisyah Hijanah Akhirnya Bersuara, Stres Antara Punca Saiz Bayi Kecil Dari Usia Kandungan?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengaruh media sosial, Aisyah Hijanah akhirnya tampil bersuara selepas tular isu mengenai suaminya yang juga pengaruh media sosial, Aliff Teega yang membuat pengakuan mendirikan rumah tangga kali kedua di media sosial.

    Mohon Jasa Baik Netizen Tidak Bertanya Isu Berkenaan Ketika Sesi ‘Live’

    Aisyah menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa semuanya berada dalam keadaan baik, malah turut meminta jasa baik netizen untuk memberikan ruang serta tidak bertanya mengenai isu berkenaan ketika sesi ‘live’ yang dilakukan seperti biasa.

    “Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.

    Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang baik. Tapi atas komitmen saya kepada syarikat, Hijanah Official, saya tetap perlu membuat ‘live’ seperti biasa.

    Saya mohon netizen untuk memberikan ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi. Dikhuatiri situasi akan bertambah besar.”-jelas Aisyah Hijanah di Insta Stories

    Tambahnya lagi, isteri pertama kepada Alif Teega ini juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar bayi di dalam kandungannya yang kini berada di trimester kedua.

    “Doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara daripada sebarang kemudaratan. InsyaAllah saya cuba sebaiknya menjaga dengan baik dan selamat. Alhamdulullah semalam baru ‘detail scan’. dan bayi dalam keadaan baik, tetapi agak kecil daripada umurnya. Rakan-rakan psikologi juga ada yang memeriksa dan menjaga kesejahteraan mental saya.”-kongsi Aisyah lagi

    “Baby Agak Kecil Daripada Umurnya…”

    Dalam pada itu, Aisyah menyatakan bahawa keadaan bayinya yang kecil daripada usia kandungan disebabkan beberapa faktor antaranya seperti saiz tubuh badannya yang kecil, serta tertekan sepanjang isu berkenaan berlaku.

    Sama-sama kita doakan agar ibu serta bayi di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan baik, serta dipermudahkan segala urusan..Aaminn.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts