Pengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil memberi penjelasan selepas tular hal yang melibatkan dirinya bersama suami yang juga pempengaruh media sosial, Alif Teega ,sebelum ini mengumumkan bahawa telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
“Saya Tidak Boleh Menafikan Mahupun Membenarkan Mana-Mana…”
Jelas Aisyah, dia tidak boleh menafikan atau membenarkan mengenai perkara yang tular berkenaan kerana akan menyebabkan ia akan menjadi lebih teruk.
“Saya maklum mengenai beberapa hal yang telahpun leak dan diketahui umum. Pertama, saya tak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.”-jelas Aisyah
Berada Dalam Keadaan Baik Dengan Alif
Tambahnya lagi, Aisyah turut meminta orang ramai untuk henti menyebarkan sebarang perkara yang berkaitan isu tersebut serta memaklumkan bahawa dia dan Alif kini berada dalam keadaan baik.
“Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, untuk berhenti daripada berkongsi. Kerana, hal ini akan bertambah teruk.
Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut internal. Buat masa ini, saya dan Alif dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana sepanjang isu ini terjadi, ianya telah mengganggu kesejahteraan mental, emosi kalian semua. Kami doakan agar kita semua dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman.”-tulis Aisyah lagi
Baru-baru ini tular rekod kesihatan yang dipercayai milik Aisyah ketika mendapatkan rawatan kerana didakwa dipukul oleh suaminya, Alif Teega.
Apa komen anda?