Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAisyah Hijanah Dipuji Netizen Isu Pindah Milik Harta Sepencarian Bersama Suami-“Isteri Yang...

    Aisyah Hijanah Dipuji Netizen Isu Pindah Milik Harta Sepencarian Bersama Suami-“Isteri Yang Bijak..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan sensasi, Aisyah Hijanah tampil membuat pendedahan bahawa harta sepencarian bersama suaminya, Aliff Teega kini sudah bertukar milik penuh kepada dirinya.

    “Segala Hasil Titik Peluh Yang Dibina From Scratch Bersama Suami…”

    Menerusi hantaran di Instagram, Aisyah menitipkan rasa syukur apabila segala titik peluh yang dibina dari awal bersama suami telah dipindahkan secara seratus peratus kepada miliknya.

    “Segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian) telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share @hijanahofficial 100%, rumah, kereta dan aset-aset yang lain.

    Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights & your efforts. Catat semua aset bersama dan buat satu agreement khas. Kalau mampu hire lawyer, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan terlalu awal menyerah.”-dedah Aisyah di Instagram

    Tidak Tamak Atau Gila Harta

    Menegaskan diri tidak gilakan harta serta tamak, Aisyah menjelaskan tindakannya itu adalah untuk jaminan dirinya bersama anak-anak.

    “Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure dan jaminan untuk diri dan anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan yang terbaik. You have to control your emotion & stay calm. If not everything will ruin.”-jelas Aisyah lagi

    Tindakan Aisyah Dipuji Netizen!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan bijak Aisyah selepas tular isu suaminya, Alif Teega yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang wanita pada November lalu.

    “Bijak. Sebelum ke langkah nak cerai ke apa. Settle kan dulu bab-bab harta sepencarian. Secure dulu hak isteri dan anak-anak. Settle semua baru lah cerai.”

    “Isteri yang bijak. Biar dia dengan bini muda mulakan hidup dari zero biar tahu erti pengorbanan.”

    “Aku dah agak dia akan buat macam ni, Kami sebagai perempuan sangat setuju! Aisyah Hijanah bukan calang-calang. Bijak!!.”

    “Beauty with brain. Yes you are ‘perempuan itu’.”

    Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Aisyah Hijanah..Apa komen anda?

    ALSO READ:  Alif Teega Bersuara Isu Serah Aset Kepada Isteri Pertama, ‘Disindir’ Netizen?-“Kesian Aisyah Dapat Lelaki….”


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts