Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAisyah Hijanah Mohon Maaf Kepada Masyarakat Kerana Gugat Mental Berkait Isu Suaminya...

    Aisyah Hijanah Mohon Maaf Kepada Masyarakat Kerana Gugat Mental Berkait Isu Suaminya Kahwin Dua

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ramai isteri berdepan gangguan mental yang kronik termasuk kemurungan, ingin membunuh diri, suka bersendiri dan diserang gangguan kebimbangan akibat konflik rumah tangga.

    Kegagalan mengurus emosi menjadi faktor utama tekanan berpanjangan jika dibiarkan sehingga memberi kesan kepada keharmonian hubungan suami isteri dan mengundang trauma dalam kalangan anak-anak pada masa depan.

    Pende­raan emosi lebih bahaya daripada fizikal jika tidak ditangani lebih awal iaitu merupakan perlakuan dharar, yang memudaratkan pasangan dalam perkahwinan.

    Bahkan penderaan emosi atau fizikal adalah kes yang sama seriusnya kerana ia melibatkan dharar atau kezaliman ke atas individu yang sepatutnya tidak berlaku dan ditegah oleh syarak.

    Ini kerana penderaan emosi atau mental difahami sebagai sebarang bentuk kelakuan yang melibatkan kejadian seperti pe­ngasingan atau pemulauan dan penyisihan ke atas mana-mana individu.

    “Mohon berhenti berkongsi kerana hal ini akan bertambah buruk.”

    Demikian pinta pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah yang berharap masyarakat berhenti menyebarkan perkara berkaitan kontroversi rumah tangganya yang tular kebelakangan ini.

    Menurut Aisyah, pendekatan tersebut diambil kerana enggan membiarkan orang ramai menokok tambah hal berkaitan rumah tangganya terutama laporan perubatan yang mendakwa dirinya cedera akibat dipukul oleh suami, Alif Teega.

    Saya ambil maklum tentang beberapa hal yang tular dan diketahui umum. Saya tidak boleh menafikan mahupun mengeyakan mana-mana perkara kerana tidak mahu membesarkan hal ini.

    Aisyah turut meminta orang ramai memberinya ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya ketika ini.

    Aisyah juga menjelaskan laporan perubatan yang rancak diperkatakan dalam media sosial bukan ditularkan oleh mana-mana pihak dari klinik yang terbabit.

    “Biarlah saya dan yang terlibat menyelesaikan hal ini daripada sudut dalaman.

    Dalam perkongsian sama, dia turut menitipkan permohonan maaf sekiranya hal rumah tangganya mencetuskan perdebatan sehingga menganggu emosi ramai.

    Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana telah mengganggu kesejahteraan mental dan emosi kalian.

    “Kami doakan agar kita semua dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman.

    “Terima kasih kerana telah mendoakan yang terbaik, semoga semua itu berbalik kepada kalian semula,” tuturnya.

    Sejak kelmarin, tular salinan laporan perubatan yang mendakwa Aisyah cedera pada bahagian lengan, muka dan teliga akibat dikasari suami.

    ALSO READ:  Michael Ang Kesal Dengan Sikap Alif Teega Kahwin Lagi?-“Wife Dia Lagi Cantik!”

    Terdahulu, rumah tangga pasangan itu menjadi bualan ramai selepas Alif mengaku berkahwin kali kedua dengan seorang wanita dipercayai pekerja syarikatnya.

    Pengakuan tersebut mencetuskan kemarahan ramai yang tidak bersetuju dengan cara Alif berpoligami apatah lagi Aisyah kini hamil lima bulan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts