Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAizat Saha Mengelak Bersentuhan, Bersedia Botakkan Kepala – ‘Jika Beri Impak Positif,...

    Aizat Saha Mengelak Bersentuhan, Bersedia Botakkan Kepala – ‘Jika Beri Impak Positif, Saya Bersedia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan jolokan ‘Abang POV’, Aizat Saha kini bergelar pelakon dan bakal muncul dalam sebuah drama menerusi kaca televisyen TV3.

    Sanggup botakkan kepala

    Ketika ditemui , Aizat atau nama sebenarnya Mohd Aizat Saharuddin berkata dia sangat teruja untuk menjadi seorang pelakon kerana sangat meminati bidang ini sejak dari dulu lagi.

    Pada awalnya saya jenis kalau ada peluang, saya ‘grab’ sahaja (untuk jadi pelakon). Tapi sememangnya saya memang minat untuk menceburi bidang lakonan.

    Dari dulu lagi memang saya nak jadi pelakon tetapi mungkin belum ada rezeki saya lagi jadi saya fokuskan dahulu dengan kerjaya saya.

    Sekarang ini baru ada peluang untuk ke arah itu (bidang lakonan) jadi baru saya mula perlahan-lahan.

    Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu menyatakan dia sanggup untuk mengorbankan ketampanannya seperti membotakkan kepala jika diminta pengarah.

    Aizat juga menambah, dia akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada melakonkan babak yang memerlukannya bersentuhan dengan pelakon wanita.

    Jika saya perlu berkorban seperti botakkan kepala dan perkara itu mampu memberikan impak yang bagus terhadap karier lakonan saya, saya okay saja.

    Dan kalau boleh, memang saya akan cuba elak sebarang babak bersentuhan tapi kadang-kadang perkara itu berada di luar jangkaan.

    Cumanya, saya akan cuba sedaya upaya untuk elak daripada melakonkan babak seperti itu.

    Sekadar info, Aizat Saha bakal muncul di kaca televisyen TV3 menerusi drama Racun Rihanna yang turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datin Intan Najuwa, Jasmine Suraya, Rita Rudaini dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Nama Dipetik Sarah Yasmine, Meerqeen Pilih Sibuk Dengan Lakonan – ‘Saya Tiada Apa Nak Komen’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts