Tiada siapa sangka, suami kepada aktres Kajol iaitu Ajay Devgn berkongsi satu fakta menarik dan tak masuk akal mengenai bulan madu mereka.
Dalam sebuah temu bual lama, Kajol menceritakan semula pengalaman bulan madu mereka. Kongsi aktres itu, selepas berkahwin, mereka pergi berbulan madu selama dua bulan di Eropah. Tetapi bulan madunya itu terpaksa dipendekkan kerana Ajay.
View this post on Instagram
“Kami pergi berbulan madu selama dua bulan. Ia sebenarnya syarat yang saya kemukakan sebelum berkahwin. Saya mahu melawat dunia ketika berbulan madu. Jadi saya telah tempah tiket dari Australia ke Los Angeles hingga Las Vegas.”
View this post on Instagram
Akibatnya selepas hampir sebulan, Ajay mendapati dirinya tidak dapat memenuhi syarat isterinya itu dan mula membuat alasan untuk pulang ke rumah mereka.
“Ketika itu kami berada di Greece. Sudah 40 hari dan dia (Ajay) agak letih ketika itu. Suatu pagi, dia bangun dan memberitahu saya dia demam dan sakit kepala. Jadi saya beritahu akan dapatkan ubat untuknya tetapi Ajay tetap cakap dia tak sihat. Selepas pulang, Ajay berkata “Saya terpaksa pura-pura sakit kerana homesick””.
Bertanya pada suaminya apa yang boleh dia lakukan untuk melegakan demam dan juga sakit kepala, Ajay memberitahu dia mahu pulang ke rumah mereka secepat yang mungkin.
View this post on Instagram
Sekadar info, hasil perkahwinan mereka, Ajay-Kajol dikurniakan dua orang anak iaitu Nysa Devgn dan Yug Devgn.