Pelantun suara ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Aina Abdul berkongsi mengenai busana yang digayakan olehnya di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38, semalam.
Tree of Life
Menurut Aina, busana yang dipakai olehnys semalam berkonsepkan ‘Tree of Life’. Ujar Aina, simbolik enam akar pokok itu mempunyai makna tersendiri dan menguatkan lagi mesej di sebalik maksud lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu‘ iaitu sebuah perjalanan cinta.
Kasihmu terus hidup, jangan mati rasa itu. Ia membawa makna hati dan rasa yang akan terus mekar dengan cinta biarpun rasa itu tidak sama seperti dahulu.
Walaupun pohon-pohon tidak subur, ranting keras mengering dan hampir mati, tetapi akar di bawah tanah masih menjalar dan mekar, seperti hati yang terus kukuh mencintai biarpun jiwa tersakiti.
Mereka yang berada dalam Axiata Arena juga menghidu bau harum ketika persembahan Jangan Mati Rasa Itu, simbolik kepada mekarnya cinta yang berada di dalam hati.
Dingin hatimu berlalu pergi, getir jiwa tak siapa tahu. Cinta tak semestinya berakhir bahagia. Daun-daun berguguran menggambarkan rasa hati yang semakin dingin melihat sayang yang tidak lagi berbalas.
Kasih yang mekar gugur satu persatu kerana hebatnya gelora jiwa yang disembunyikan. Apakah aku bisa melawan takdir kita? Aku hanya manusia biasa.
Tenggelamkan kesedihanku, terapungkan kebahagiaan aku.
Di akhir persembahan, Aina yang merupakan simbolik sebagai akar pokok dilihat terapung ke atas. Ini membawa makna, Aina ingin mencari bahagia sendiri dengan ‘move on’ dari cinta yang tidak lagi berbalas dan meletakkan diri sendiri sebagai fokus untuk mecapai bahagia.
Kasih dan sayang terhadap diri sendiri seharusnya sentiasa menjadi keutamaan yang tersemat dalam lubuk hati.