Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment#AJL38: Genervie Kam, Pengarah Muzik Berpengalaman Selama 20 Tahun, Bersemangat Dilantik

    #AJL38: Genervie Kam, Pengarah Muzik Berpengalaman Selama 20 Tahun, Bersemangat Dilantik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri kepada penyanyi Hazama iaitu Genervie Kam buat pertama kalinya dilantik sebagai pengarah muzik untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 yang bakal disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.

    Artikel berkaitan: ‘Tiub Fallopio Kiri Isteri Perlu Dibuang’- Hazama Redha Belum Ada Rezeki Memiliki Cahaya Mata

    Artikel berkaitan: ‘Tarikh Ini Saya Putuskan Untuk Tinggal Di Hati Awak’- Sambut Anniversary Pertama, Ini Ucapan Sweet Hazama Kepada Isteri Tercinta

    Tidak berdepan masalah

    Menurut Genervie, meskipun pertama kali memikul tanggungjawab besar ini namun dia mengakui tidak berdepan sebarang kesukaran memandangkan dia sudah memiliki pengalaman lebih 20 tahun ketika berada di bawah pimpinan maestro muzik, Datuk Ramli MS.

    Saya sudah bersama AJL lebih 20 tahun. Sebelum ini, saya banyak bekerja di bawah Ramli yang sememangnya mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.

    Dengan pengalaman yang ada banyak membantu persiapan AJL 38. Kalau ada masalah saya juga selalu rujuk kepada Ramli untuk mendapatkan nasihat.

    Setakat ini, segala persiapan berjalan dengan lancar. Daripada segi teknikal hanya ada beberapa hal kecil yang perlu ditambah baik.

    Kali ini seramai 50 pemuzik akan bersama dengan saya. Mereka berada dalam keadaan baik, malah ada antaranya pernah terbabit dengan AJL sebelum ini.

    Tak kisah dibandingkan

    Disoal sama ada dia bersedia untuk dibandingkan dengan Ramli yang lebih berpengalaman, dia terbuka untuk menerima sebarang kritikan.

    Mesti akan ada yang membandingkan saya dengan Ramli. Tapi, saya positif dan terbuka dengan sebarang kritikan.

    Saya anggap Ramli sebagai ‘sifu’ dalam muzik dan banyak belajar daripada beliau. Ramli juga ada menitipkan pesanan supaya saya memberikan yang terbaik.

    Beri peluang muka baharu

    Selain itu, penerbit AJL38 iaitu Shahrizan Razalli berkata, pemilihan Genervie sebagai pengarah muzik bertujuan memberi peluang kepada muka baharu.

    Secara umum, ini bukanlah kali pertama Genervie terbabit dalam AJL. Sebelum ini, Genervie selalu bersama Ramli.

    Jadi, saya rasa kenapa kita tidak beri peluang kepada muka baharu untuk ketuai bahagian muzik pada AJL kali ini.

    ALSO READ:  [VIDEO] Che Ta Tegur Aaisyah Dhia Rana Yang Bertudung Raih Perhatian-“Pakai Bukan Dalam Bulan Puasa Je Tapi…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts