Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAJL38: Women Empowerment Takes Center Stage with Aisha Retno's ‘Kembara Di Awangan’...

    AJL38: Women Empowerment Takes Center Stage with Aisha Retno’s ‘Kembara Di Awangan’ and Aina Abdul’s Tree Outfit as the Highlight!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pentas paling berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) yang diadakan secara langsung di Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil baru sahaja melabuhkan tirainya malam tadi.

    Pada edisi kali ini, lagu ‘Hasrat’ yang merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi Amir Jahari telah pun dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang trofi kemenangan dan wang tunai berjumlah RM100,000.

    Selain itu, sudah pasti AJL 38 kali ini dihiasi dengan persembahan yang sangat memukau daripada para peserta yang lain.

    Bagi yang terlepas, berikut kongsikan apa yang menarik sepanjang AJL38.

    Aisha Retno ‘terbang di awang-awangan’

    Aisha yang diiringi seramai 20 orang penari dilihat terbang setinggi 30 kaki pada akhir persembahan yang membantu penyanyi kacukan Melayu-Indonesia itu untuk menerima ‘standing ovation’ daripada penonton. Walau bagaimanapun, persembahan tersebut diatur dan dilakukan secara profesional.

    Persembahan yang begitu memukau itu turut membantunya untuk merangkul trofi persembahan terbaik pada AJL 38 malam tadi.

    Perebutan vokal terbaik

    Tiga nama penyanyi ini iaitu Marsha Milan, Ernie Zakri dan Aina Abdul sering dikaitkan dengan perebutan Vokal Terbaik bagi setiap edisi AJL yang mereka bertanding. Marsha menerusi lagu ‘Darah’ dilihat begitu tenang dan bersahaja sewaktu melontarkan ‘high pitch’ ketika menyanyikan lagu tersebut sambil memperagakan gaun berwarna merah.

    Ernie Zakri juga tidak kurang hebat sewaktu melontarkan nada tinggi menerusi lagu ‘Astana’. Pada edisi kali ini, Ernie membawakan sedikit kelainan apabila cuba membawa susunan muzik yang lebih hebat dan berbeza sewaktu mempersembahkan lagu tersebut. Meskipun tidak memenangi vokal terbaik, rata-rata netizen di media sosial tetap memuji persembahan yang dilakukannya.

    Selain menduduki tempat ketiga pada AJL38, Aina Abdul juga berjaya merangkul trofi Vokal Terbaik menerusi lagunya yang berjudul ‘Jangan Mati Rasa Itu’. Bukan sahaja mempamerkan persembahan yang bertenaga malah Aina juga mampu untuk mengekalkan kualiti suaranya sambil bernyanyi di udara pada hujung persembahannya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Diperli Rakan Sekerja, Suami Pekakkan Telinga Jaga Isteri Hingga Akhir Hayat – ‘Muka Asyik Cuti, Macam Dia Sorang Ada Isteri’

    Lebih manis, persembahan ketiga-ketiga penyanyi wanita ini mendapat ‘standing ovation’ daripada penonton yang hadir di stadium seusai persembahan mereka.

    Diana Danielle & Beto Kusyairy jadi ‘cameo’

    Meskipun hanya sendirian di atas pentas dan memberikan persembahan yang bersahaja, lagu ‘Hasrat’ nyanyian Amir Jahari berjaya memikat hati para juri sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu.

    Kemasukan penyanyi koir serta Diana Danielle dan Beto Kusyairy sebagai ‘cameo’ bagi persembahan Amir itu telah membuatkan para penonton yang hadir bersorak dan menggamatkan lagi suasana persembahan penyanyi berusia 31 tahun itu.

    Sekadar info, lagu ‘Hasrat’ merupakan runut bunyi bagi filem lakonan Diana dan Beto yang bertajuk ‘Imaginur’.

    Baju pokok Aina Abdul

    aina ajl pokokaina ajl pokok

    Selain vokal yang bagus, Aina Abdul pasti akan menjadi tumpuan pada setiap edisi AJL kerana akan memperagakan busana di luar kotak.

    Pada AJL 38 kali ini, Aina sekali lagi ‘all out’ dengan memperagakan busana berkonsepkan hutan dan pokok yang pastinya meraih perhatian penonton.Bukan sahaja busana yang di luar kotak, Aina juga melakukan kejutan dengan bernyanyi sambil diangkat ke udara di akhir persembahannya.

    Persembahan Aina itu kemudiannya berjaya mendapatkan ‘standing ovation’ daripada ribuan penonton yang hadir menyaksikan AJL 38 secara langsung di Dewan Axiata Arena.

    Persembahan pembukaan & penutup yang ditunggu-tunggu

    Pentas AJL 38 kali ini dibuka dengan persembahan bertenaga daripada dua penyanyi wanita iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld yang mendendangkan lagu ‘Sky Full Of Stars’, ‘Hilang Naluri’ dan ‘Jangan Khianati Aku’.

    Persembahan Shila dan Vanessa menjadi bualan apabila ramai yang menganggap persembahan mereka itu boleh diibaratkan sebagai ‘women empowerment show’ selepas mereka dilihat begitu bertenaga sewaktu bernyanyi di atas pentas.

    ALSO READ:  Dek Kerana Pengering Rambut, Pelakon Cina Ini Maut Serta-Merta

    Bukan itu sahaja, Shila juga dipuji masih mempunyai lontaran suara dan vokal yang bagus meskipun dalam keadaan sedang sarat mengandung.

    Segmen Interlude juga tidak kurang hebat apabila menampilkan penyanyi seperti Dayang Nurfaizah, Datuk Zainal Abidin dan Ella menerusi lagu-lagu popular nyanyian mereka yang berjaya membuatkan para penonton untuk ‘sing along’ bersama-sama menyanyikan lagu yang didendangkan.

    Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, AJL 38 menyaksikan Amir Jahari (Hasrat) dinobatkan sebagai Juara Lagu, manakala Aisha Retno (Sutera) di tempat yang kedua dan  Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) di tempat yang ketiga.

    Selain itu, Vokal Terbaik dimenangi Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), persembahan terbaik daripada Aisha Retno (Sutera) dan Aina Abdul dinobatkan sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa. Tahniah diucapkan kepada pemenang!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts