Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAkaun Media Sosial Dr Halina Kena ‘Serang’, Didakwa Terlibat Jadi Testimoni Kes...

    Akaun Media Sosial Dr Halina Kena ‘Serang’, Didakwa Terlibat Jadi Testimoni Kes Adik Di Ireland

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kisah seorang pakar psikiatri kanak-kanak rakyat Malaysia dipenjara lapan tahun enam bulan kerana menjalankan aktiviti pengantunan seksual (child grooming) serta mendera remaja perempuan warga Ireland.

    Susulan daripada isu tersebut, rata-rata netizen menyerang akaun Instagram Dr Halina kerana mendakwa dia terlibat menjadi testimoni dan menulis surat sokongan terhadap kes adiknya itu.

    Mengaku salah

    Menurut sumber antarabangsa Independent, pakar psikiatri yang dikenali sebagai Amirul Arif Mohd Yunos itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di tempat kerjanya iaitu pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin pada tahun lepas.

    Di samping itu, Amirul didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak bawah 17 tahun, eksploitasi seksual kanak-kanak serta pertuduhan mengadakan pertemuan dengan kanak-kanak bagi tujuan seksual.

    Berikutan daripada itu, Amirul mengaku salah atas enam pertuduhan tersebut dan kini berada dalam tahanan berkaitan kesalahan berkenaan sejak 14 bulan lalu.

    Sementara itu, remaja berusia 17 tahun itu sedang mengalami tekanan mental yang ketara secara berterusan sehingga cuba membunuh diri tiga kali minggu lalu kerana tekanan kes jenayah penderanya akhirnya berakhir.

    Menurut laporan lagi, penderaan bermula dengan sentuhan yang tidak wajar, sebelum beralih ke seks oral. Kesalahan itu berlaku di beberapa tempat yang berbeza misalnya, di dalam kereta, rumah pelaku, rumah mangsa dan di tempat kerjanya.

    Amirul didakwa menawarkan 2,000 Euro kepada mangsa sebagai pampasan atas jenayahnya. Perbuatan tersebut dilihat sebagai “penghinaan terbesar” oleh ibu bapanya dan ditolak.

    Bertuah sebab komuniti dan isteri sokong

    Ujar Hakim Crowe, mahkamah menetapkan hukuman awal 12 tahun penjara. Hukuman tersebut turut mengambil kira faktor mitigasi termasuk pengakuan bersalah awal, ketiadaan rekod jenayah terdahulu dan penyesalan yang ditunjukkan oleh tertuduh.

    ALSO READ:  Paksaan Artis Lelaki Terhadap Kandungan Anak Orang, Video Menunjukkan 'Keluarga Dia Orang Berada'

    Tambahan, mahkamah turut meneliti testimoni, surat permohonan maaf daripada Amirul Arif, serta laporan psikologi yang dikemukakan bagi pihaknya.

    Amirul sangat bertuah kerana mempunyai komuniti dan isteri yang menyokongnya.

    Pada minggu lalu, mahkamah diberitahu tentang testimoni daripada keluarga Amirul di Malaysia dan juga di Ireland. Ia termasuk daripada isteri, kakak, bapa dan bapa mentuanya di Malaysia. Kakak dan abang iparnya yang menetap di Ireland juga menyokongnya di mahkamah, begitu juga ibunya, yang bertolak dari Malaysia.

    Difahamkan, Amirul akan dibebaskan dalam masa kurang dari lima tahun. Dia kemudiannya akan dihantar pulang ke Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts