Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAkberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan...

    Akberdin Sahkan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda – ‘Kedua-Duanya Memberikan Kerjasama Yang Baik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    harith cerai 1 22harith cerai 1 22

    Foto: Berita Harian

    Tiada angin tiada ribut, dunia hiburan sebelum ini dikejutkan dengan berita pergolakan rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, dan isteri Dr Jezamine Lim.

    Bagaimanapun, perbicaraan kes perceraian mereka yang sepatutnya berlangsung pada 15 Julai ini akan ditunda.

    Beri kerjasama

    harith cerai 1harith cerai 1

    Peguam yang mewakili Dr Jezamine, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan tentang perkara tersebut. Kes yang dijadualkan akan dibicara di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta berkenaan ditunda berikutan mahkamah mempunyai urusan lain pada hari tersebut.

    Memang sudah jelas kes tersebut memang wujud, tarikhnya sudah ada.

    Ianya ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan memaklumkan tarikh baru selepas ini.

    Ketika disoal tentang perbincangan berhubung kes perceraian mereka, Akberdin memaklumkan pasangan selebriti itu memberi kerjasama yang baik.

    Kedua-duanya memberikan kerjasama yang baik.

    Akberdin berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu seusai perbicaraan kes aktor Hafidz Roshdi.

    Terdahulu, rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal tersebut didakwa sedang berdepan dengan masalah.

    Difahamkan Dr Jezamine sudah memfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes tersebut bakal disebut dalam masa terdekat.

    Bagaimanapun dia belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya manakala Harith juga memilih untuk tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonan cerai berkenaan.

    Sebelum itu, Dr Jezamine mencuri perhatian apabila bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung bersama peguamnya.

    Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

    ALSO READ:  Syarikat Aksesori Kenderaan Beri 50 Peratus Diskaun Buat ‘Fattah & Emma’, Netizen Komen ‘Esok Nak Pergi JPN Tukar Nama’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts