Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Akhirnya Anak Arwah Saleem Sertai Iklim”- Peminat Teruja Syafiq Farhain Ganti Tempat...

    “Akhirnya Anak Arwah Saleem Sertai Iklim”- Peminat Teruja Syafiq Farhain Ganti Tempat Bapanya Sebagai Vokalis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan juga anggota bomba, Syafiq Farhain telah menjadi tumpuan di media sosial kerana beliau dikatakan telah menyertai kumpulan Iklim sebagai vokalis. Suaranya dikatakan sangat sinonim dengan suara ayahnya yang sudah tiada, iaitu Allahyarham Saleem Iklim.

    Melalui hantaran pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Kamarul Ab Rahman, beliau berkongsi foto Syafiq bersama empat ahli kumpulan Iklim yang lain iaitu Mohalim, Umarul, Huzali dan Kama.

    “Iklim 2023… Umarul (gitar), Huzali (keyboard), Mohalim (ketua/bass), Kama (dram) dan Syafiq (vokalis),” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

    Kesannya, vokalis Iklim yang diketahui sebagai Azmani, yang sebelum ini dikatakan menggantikan posisi arwah Saleem, tidak kelihatan dalam gambar tersebut yang berlatar belakangkan lagu Iklim, Firasat Kasihku.

    Apabila melihat ruangan komen, dapat dilihat bahawa kebanyakan netizen meninggalkan komen positif dan perkataan semangat yang menyokong penyertaan Syafiq bersama kumpulan rock legenda popular pada era 1990-an itu.

    “Akhirnya anak arwah, Syafiq Farhain bersama Iklim. Tahniah,” komen wargamaya.

    “Ambil sajalah anak arwah, Syafiq ni sebagai vokalis sebab suara dia pun hampir sama dengan bapanya. Al-Fatihah buat arwah Saleem,” kata seorang warganet.

    Syafiq, yang kini juga seorang bapa kepada seorang anak perempuan, bermula serius dalam kerjaya nyanyi pada sekitar tahun 2016 dan pernah popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku. Beliau turut meraih gelaran naib juara dalam program Big Stage musim pertama pada tahun 2018.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts