Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAkhirnya Berani Muncul, Aslam Maklum Minta Diberikan Ruang Kepada Dia Dan Isteri-Isterinya

    Akhirnya Berani Muncul, Aslam Maklum Minta Diberikan Ruang Kepada Dia Dan Isteri-Isterinya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas hampir dua minggu berdiam diri, lelaki yang didakwa kini bergelar suami kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim, iaitu Aslam, akhirnya berjaya dijejaki oleh media.

    Walau bagaimanapun, Aslam enggan memberi kerjasama kepada media mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan masyarakat.

    Aslam, ketika ditemui oleh media tempatan, memohon ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku.

    “Saya minta mana-mana pihak media untuk memberi ruang kepada kami,” katanya ringkas.

    Namun, ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa dia telah bernikah dengan Marissa, yang juga anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Aslam enggan memberikan sebarang ulasan lanjut.

    “Saya tiada komen mengenai perkahwinan dengan Marissa,” katanya.

    Dalam masa yang sama, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan ketika ditemui juga enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat dan pengikut media sosial.

    Kontroversi yang melibatkan keluarga Marissa Dania Hakim telah menjadi bualan hangat di kalangan masyarakat sejak beberapa minggu lalu. Pelbagai spekulasi dan teori bermunculan, tetapi kebenaran sebenar masih belum terungkai.

    Terdahulu, nama Marissa kembali hangat selepas didakwa berkahwin secara senyap di Songkhla, Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.

    Lelaki itu adalah individu sama yang pernah dikaitkan dengan Marissa pada tahun lalu mengenai hubungan sulit mereka.

    Pada masa sama, kakak ipar kepada Aslam dikenali sebagai Nadiah, mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

    Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan yang ketika itu menunaikan umrah.

    ALSO READ:  “Suatu Hari Kalian Akan Faham Nikmat Panggilan Ibu Bapa”-Achey Sifatkan Trend Childfree Sebagai Ideologi Bodoh

    Lebih dramatik, pernikahan terbabit berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

    Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan atau menafikan pernikahan itu

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts