Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAkhirnya Marissa Dedah Perkara Sebenar Mengenai Kehilangan Anak Dan Komen Mesej Yang...

    Akhirnya Marissa Dedah Perkara Sebenar Mengenai Kehilangan Anak Dan Komen Mesej Yang Tak Berbalas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kita sedia maklum bahawa kisah hubungan antara Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania seringkali diperkatakan dan menjadi topik yang hangat.

    Tidak Pernah Mengetepikan Ibunya

    Baru-baru ini, Marissa yang juga merupakan pempengaruh menegaskan bahawa dia tidak pernah ketepikan ibunya.

    Marissa berkata, berita mengenai kematian bayinya baru-baru ini lambat diterima ibunya kerana suaminya, Ahmad Aslam lebih selesa berinteraksi dengan bapanya, Norman Hakim.

    Mama tak tahu sebab Aslam dia lebih rapat dengan papa (Norman). Dia lebih selesa dengan lelaki.

    Itulah sebabnya. Dia banyak berinteraksi dengan papa dan ayahnya. Itu sahaja.

    Tapi, tak bermaksud saya ketepikan mama.

    Akhirnya, mama dapat tahu juga sebab saya kongsikan juga

    Hanyalah Gurauan

    via MG Abadi

    Bukan itu saja, Marissa juga ada menjelaskan mengenai komennya di Instagram milik Abby yang meminta Abby untuk membalas WhatsApp hanyalah gurauan.

    Saya dan mama tak ada apa pun sebenarnya. Memang nak mama balas dan niatnya memang untuk bergurau.

    Sementara itu, Abby berkata gurauan anaknya di Instagram itu mungkin menerima tanggapan berbeza daripada netizen.

    Demi Allah tak ada niat untuk jadikan ‘content’ atau apa.

    Benda itu berlaku dengan sendiri dan saya pun tak pasti.

    Waktu itu saya merajuk. Dia tak ada letak emoji atau apa-apa di situ, jadi orang anggap dia seriuslah.

    Saya tahu mengenai perkara (kematian bayi Marissa) itu selepas dua hari. Tapi, nak buat macam mana sebab bila dapat tahu, dah tak ada dah.

    Sekadar rekod, Marissa baru saja kehilangan bayinya yang dilahirkan awal ketika usia kandungan lima bulan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts