Sebelum ini kecoh apabila kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial itu di Songkla, Thailand pada Disember lalu.
Kecoh Di Media Sosial
Berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak minggu lalu.
Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.
IKLAN
Terbaru, selepas mengunci mulut, Misya Mazlan akhirnya bersuara menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram Stories miliknya.
Ucapan Terima Kasih Atas Doa Yang Baik
Ibu kepada dua cahaya mata itu mengucapkan terima kasih atas doa yang baik dititipkan warga netizen ke atasnya.
Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah.
Sesulit apapun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.
Terima kasih doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah
Sejak berita pernikahan suaminya Aslam bersama anak kepada pasangan selebriti, Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim di Songkhla, Thailand tular Misya langsung tidak membuka mulut.
Bagaimanapun, wanita itu dilihat ada berkongsi ungkapan sedih dalam aplikasi TikTok.
Pernah Diceraikan
Untuk makluman, pada September tahun lepas kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.
Misya menerusi satu hantaran dalam media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suami.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan rujuk semula ketika dalam tempoh edah.