Perkongsian terkini pelakon, Eyka Farhana bersama tunangnya merupakan pemain bola sepak Terengganu FC mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Eyka menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik beberapa foto yang memaparkan aksi mesranya bersama Akhyar bagi mempromosikan jenama kristal terkenal di dunia.
“Together is my favorite place to be ♥︎ッ.”-kapsyen Eyka di Instagram
View this post on Instagram
“Wow Macam Dah Kahwin..”
Walaubagaimanapun, salah satu foto yang memaparkan aksi mesra berdua mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen yang memberikan teguran buat pasangan ini yang masih dalam status tunang.
“Okay la tu, belum berkahwin dah boleh berpelukan.”
“Sama macam condition Ameera yang adik Neelofa tu pun 2×5 je belum kahwin dah sentuh Jefri tu. Jefri normal lah konoha ada post dia cium rambut Ameera tu. Bukan nak mengata tapi tu realiti sekarang.”
“Dah bertunang ke tak, sama je tetap kena jaga batas tu, Takdenya bila dah bertunang boleh rapat-rapat berpelukan. Bertunang dan berkahwin adalah 2 perkara yang berbeza.”
“Alhamdulillah maybe dah nikah dah halal la tu.”
“Kalau dah kahwin takpe lah juga, ni sentuh-sentuh pulak.”
“Wow macam dah kahwin.”
“Pakai gelang dan rantai, err.”
“Saya lebih salute pelakon wanita yang tidak bersentuhan dengan bukan mahram.
Sekadar info, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid telah mengikat tali pertunangan dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid pada 4 Ogos 2024 lalu.