Pempengaruh media sosial dan penyampai radio Fly FM, Arieff Yong, 29, melamar kekasih hatinya di dalam sebuah pawagam, baru-baru ini.
Lamar kekasih
Arieff atau nama sebenarnya Arieff Efenddy Yong berkata, dia merancang selama seminggu untuk melamar Sylvia yang disifatkannya anugerah terindah dalam hidupnya. Menurut Arieff, dia mahu melangkah ke fasa yang seterusnya dengan Sylia selepas dua tahun bercinta.
Saya sudah bertunang dengan cinta hati saya. Saya kena rahsiakannya sepanjang satu minggu kerana saya melamarnya dalam pawagam. Jadi, saya kena rancang segalanya.
Buat Sylvia Good, sejak pertemuan pertama kita, saya tahu perjalanan bersama kamu takkan pernah tak luar biasa. Hari ini, selangkah lagi kita akan hidup bersama, cinta saya terhadap kamu terus mekar.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Arieff turut menjemput beberapa orang kenalan rapat mereka untuk menyaksikan detik bersejarah itu. Bukan itu sahaja, Arieff memberitahu dia akan ke Sepanyol untuk mendpaatkan restu ibu dan ayah Sylvia nanti.
Terdahulu, Arieff dilihat tidak pernah berahsia mengenai hubungan cintanya di media sosial. Meskipun menerima pelbagai bentuk godaan di media sosial, Arieff berkata hanya Sylvia yang bertakhta di hatinya.
Video
View this post on Instagram