Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAktivis Wan Cai Dakwa Doktor Bekukan Jenazah Bayi ‘Kaki Spin’, Siap Ada...

    Aktivis Wan Cai Dakwa Doktor Bekukan Jenazah Bayi ‘Kaki Spin’, Siap Ada Bukti? – ‘Si Ayah Dah Try Tuntut Baby Tapi Staf Tak Nak Lepaskan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai mendakwa pihak Hospital Bersalin Razif (HBR) telah mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung isu menahan dan membekukan jenazah bayi di hospital terbabit.

    ‘Ada saksi mata yang datang ke hospital’

    Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, Wan Chai mendakwa doktor di hospital swasta berkenaan telah memutar belitkan fakta semata-mata untuk mempertahankan kesalahan daripada pihak mereka.

    Kelakar lah doktor ni kan? Doktor keluarkan kenyataan punyalah spin 360.

    Tambah lelaki ini lagi, terdapat saksi yang melihat ibu bayi berkenaan masih berada di hospital pada 7 Disember lalu sebelum discharge pada 9 Disember.

    Tetapi kenyataan pihak hospital sebelum ini mendakwa dua beranak itu tidak ditahan dan dilepaskan pada hari yang sama.

    Pihak sana kata ibu baby Adham mereka tak tahan dan keluar pada hari yang sama. Kalau tak tahan macam mana 7 Disember ada saksi boleh pergi melawat ibunya dekat wad hospital?

    Tapi doktor lupa ada saksi mata yang datang ke hospital sebelum baby dan ibunya dilepaskan pada pagi 9 Disember.

    Bukan itu sahaja, Wan Chai turut menampilkan beberapa bukti termasuk resit bayaran dan gambar ketika kejadian.

    Kawan satu kerja dah bayar RM663, guna duit sumbangan kilat. Kawan dengan si ayah dah try tuntut baby Adham tapi staf hospital tak nak lepaskan juga. La ni doktor nak spin pakai mesin basuh jenama apa pula?

    Pada Rabu, Hospital Bersalin Razif (HBR) menerusi kenyataan media menjelaskan kejadian sebenar berhubung isu menahan dan membekukan bayi di hospital selama 16 hari.

    Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai berkongsi kisah sedih satu jenazah bayi yang didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut.

    ALSO READ:  ‘Ayam Mak Mak Cili Api’ The Chicken Rice Shop, Menghangatkan Lagi Semangat Perayaan Tahun Ini!

    Perkongsian tersebut telah menyorot perhatian wargamaya yang simpati dengan nasib menimpa bayi itu serta telah mengecam pihak hospital.

    Perkongsian di Facebook

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts