Seorang aktor terkenal di selatan India, Allu Arjun telah ditahan pada Jumaat (13 Disember 2024), seminggu selepas seorang wanita maut dan anak lelakinya pula cedera parah selepas dihenyak peminat ketika premiere filem ‘Pushpa 2: The Rule’.
Insiden itu berlaku selepas Allu Arjun dikatakan membuat penampilan mengejut di premiere filem itu sehingga pihak polis mengklasifikasikan situasi itu sebagai “menimbulkan provokasi”.
View this post on Instagram
Sebelum insiden itu berlaku, peminat telah merempuh untuk menjumpai aktor itu sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa-mangsa. Akibatnya wanita berusia 39 tahun itu maut di tempat kejadian, manakala anak lelakinya yang berusia sekitar 8-9 tahun pula cedera parah.
Polis kemudiannya menahan pemilik panggung wayang di tempat kejadian itu berlaku dan pada minggu yang sama, menahan Allu Arjun di kediamannya.
Aktor itu kemudiannya dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah tempatan beberapa jam selepas ditahan dan dia dijangka dibebaskan tak lama lagi dari penjara.
View this post on Instagram
Berdasarkan beberapa sumber, Allu Arjun, dinamakan dalam aduan polis, didakwa cuba menenangkan keadaan orang ramai yang berhampirannya, tetapi secara tidak sengaja menyebabkan kematian wanita dan kecederaan anak lelaki mangsa.
Apa pendapat kamu?