Michael Malarkey yang terkenal dengan watak sebagai “Enzo St.John” dalam siri ‘The Vampire Diaries’, menggesa peminatnya untuk berhenti menyokong produk Starbucks ketika berada dalam sebuah wawancara.
@trtworld British American actor Michael Malarkey refused to drink Starbucks coffee and threw it away during an event hosted by the company in Florida, US on November 17. The actor calls for a boycott of the coffee giant, due to its complicity in the ongoing Israeli war on Gaza.
♬ original sound – TRT World
Dalam sebuah video yang tular di beberapa platform media sosial termasuklah TikTok, pelakon dan juga pemuzik itu dilihat duduk di atas pentas ketika diwawancara. Dia kemudiannya mengambil cawan kopinya, dan sebaik sahaja dia menyedari bahawa minumannya daripada Starbucks, dia terus berdiri dan membuangnya.
“Saya minta maaf, saya tak menyedari itu adalah kopi Starbucks. Saya tidak minum kopi Starbucks. Saya memboikot Starbucks dan anda semua juga harus!”
View this post on Instagram
Dia kemudiannya berkata dia memboikot jenama minuman tersebut. Tindakannya itu juga sebagai protes terhadap Israel. Malah dia juga menggalakkan tetamu yang lain hadir di wawancara itu untuk turut menyertainya memboikot jenama itu dan syarikat lain yang menyokong Israel.
Di penghujung video tersebut, kedengaran peminat bertepuk tangan dan bersorak dengan apa yang dilakukan oleh Michael. Sekadar info, ini bukan pertama kali pelakon ‘The Vampire Diaries’ ini bercakap mengenai isu konflik Israel-Palestin.