Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Aku Akan Ingat Semua Jasa Kau, Tiada Dah Tempat Aku Mengadu’ –...

    ‘Aku Akan Ingat Semua Jasa Kau, Tiada Dah Tempat Aku Mengadu’ – Adik Nidza Afham

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nidza AfhamNidza Afham

    Adik kepada Allahyarham Nidza Afham yang dikenali sebagai Afrinahanie menyifatkan arwah seorang abang yang baik.

    ‘Abang yang baik’

    Nidza AfhamNidza Afham

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Afrihanie berkata, dia tidak akan melupakan semua jasa dan kebaikan yang pernah dilakukan arwah.

    Selamat berehat Am (Afham), terima kasih jaga aku dengan baik. Aku akan ingat sampai bila-bila semua jasa kau pada aku, yang kita sahaja tahu dan kita selesaikan sama-sama.

    Nanti dah tiada dah orang nak hambarkan lawak aku. Tiada dah tempat aku nak mengadu kalau tiada kenderaan, tiada kereta.

    Menerusi perkongsian sama, Afrihanie turut meminta maaf sekiranya pernah bersikap degil dan tidak mendengar nasihat yang diberikan oleh arwah.

    Kau baik Am, baik sangat-sangat. Dengan sesiapa pun kau baik. Kau abang yang baik, anak yang baik.

    Minta maaf sangat kalau aku liat nak dengar nasihat kau. Aku minta maaf sangat kalau aku asyik susahkan kau.

    Aku rindu kau Am. Tenanglah dekat sana (akhirat). Semua doakan yang baik-baik untuk kau.

    Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

    Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.

    Sebelum ini, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.

    ALSO READ:  Jom Tingkatkan Suasana Kediaman Anda Sempena Tahun Baru Cina Dengan LG Malaysia!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts