Aktres Aprena Manrose meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir netizen yang tidak sensitif terutama isu anak dalam kalangan pasangan sudah berkahwin.
8 tahun menanti
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aprena atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman bersuara selepas pelakon Janna Nick berkongsi kesedihannya gara-gara Dini Schatzmann dituduh terlebih hormon perempuan.
Tegas Aprena, dia benci dengan mulut individu yang terpaling tahu semua benda.
Saya benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda.
Saya faham apa yang Janna rasa sebab aku lapan tahun tahan dengan mulut orang. Sakitnya hati itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Ingat tak usaha ke?
Dalam pada itu, Aprena, 31, juga berkongsi usahanya dalam memiliki zuriat sepanjang 8 tahun bergelar seorang isteri.
Ingat saya dengan suami tak nak anak ke? Ingat kami tak usaha?
Itu semua kerja Tuhan la. Tolong jangan nak tanya-tanya dah.
Sekadar info, Aprena mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Mohd Afiq Hazman pada 2016.