Di Instagram Story, pempengaruh media sosial, Elcah memberitahu dia seorang wanita yang berdikari dan tidak mengharapkan duit daripada suami mahupun mana-mana lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya.
Aku usaha sendiri
Menurut Elcah, dia mempunyai prinsip dalam kehidupan iaitu akan berusaha sendiri sekiranya mahukan sesuatu.
Untuk pengetahuan anda semua, dalam hidup saya semua usaha sendiri. Saya masih ada prinsip lagi. Ada mak bapa yang saya perlu jaga nama mereka. Minta maaf la cakap, pergi la tanya mana-mana jantan kaya ke berduit ke berdatuk pun tak ada seorang akan sebut nama saya. Sebab saya bukan jenis perempuan begitu. Saya bela diri saya sendiri.
Tambah Elcah, setiap barang mewah yang dimiliki olehnya itu merupakan hasil titik peluh sendiri.
Barang mewah itu semua saya beli sendiri sebelum saya kahwin dengan Afi. Dah ada sendiri. Dulu suami pun saya yang bela.
Menerusi pemerhatian pihak , Elcah didakwa mahu menyampaikan mesej tersebut kepada seorang wanita.
Kau jangan nak lebih-lebih dengan aku. Kau bukan level aku lagi nak hina aku kaki kikis la. Nak lelaki kaya la apa la.
Memang aku terpaksa minta maaf. Kalau dah sekarang Afi suami aku, bagi aku. Takkan aku nak tolak? Elok aku terima duit Afi suami sendiri. Bukan suami orang. Minta maaf sangat-sangat. Aku bukan sugarbaby atau wanita belaan.