Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, January 5, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Aku Mencintaimu Kerana Allah..”-Suami Heliza Helmi Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun...

    “Aku Mencintaimu Kerana Allah..”-Suami Heliza Helmi Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suami kepada pelakon, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3, baru-baru ini.

    Mencintai Kerana Allah SWT

    Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ menerusi hantaran di Instagram menyifatkan setiap detiknya bersama isterinya, Heliza adalah nikmat yang tidak pernah henti dirinya mensyukuri kepada Allah SWT.

    “Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah. Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.

    Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana Allah dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya..”-titip Mahadi di Instagram

    Dibanjiri Doa Peminat

    Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja, malah ramai yang menitipkan doa agar perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

    “MasyaALLAH . Terkedu terkejut terharu jap dengan ucapan . Berapa hari agaknya karang hahaha. Apapun selamat hari kita moga sampai Jannah. Aamiinnnn tenchu por everything.”-Heliza Helmi

    “Serius la dah 3 tahun, kenapa aku rasa macam baru je diorang kahwin 😂.”

    “Tahniah Dik Ja.semoga baik2 sahaja utk kalian berdua aamiin. Allah sentiasa merahmati kalian aamiin..”

    “Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.”

    View this post on Instagram

    A post shared by Mahadi BZ (@mahadibz)

    Sekadar info, Heliza Helmi mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts