Isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis meluahkan rasa berang apabila namanya turut dipetik dalam kemelut di antara Aliff Aziz, Ruhainies, Bella Astillah, Sarah Yasmine serta suaminya, Caprice di media sosial.
Caprice Jadi ‘Dalang’?
Dedah Sarah Yasmine di Insta Stories, Caprice dikatakan menjadi dalang serta turut menasihati Aliff untuk tidak bercerai dengan Bella ketika sebutan kes di mahkamah pada awal April lalu.
“Z is a nickname for Caprice btw. Dia tahu mengenai kedua-dua hubungan & YET, dia tolong. Edisi umat? Dia. EDITING of videos tentang Bella & Muaz? Dia. Semua benda datang dari! Dia.
Dan yang suruh Aliff kata ‘saya tak setuju’ bila hari mahkamah? Was Caprice too sebab plan dia & perempuan tu was apa? Nak aibkan Bella lebih. Dan Aliff tau, sikit pun saya tidak sokong.”-dedah Sarah di Instagram
“Satu Soalan Pun Aku Tak Tanya Cerita…”
Tidak berdiam diri, isteri kepada Caprice menegaskan bahawa dia tidak mengambil tahu akan isu berkenaan disebabkan dirinya masih berpantang selepas melahirkan cahaya mata baru-baru ini.
“Aku Ni kan, masih dalam pantang tau, kalau boleh, sehabis daya ku nak jaga mood aku. Nak fokus recovery & baby sahaja fullstop.
Aku duduk satu rumah dengan suami aku, satu soalan pun aku tak tanya cerita Aliff/ Bella/ Ruhainies/ Si Kening tu..
Dan aku tak teringin pun nak tahu cerita toksik diorang. Sumpah tak ada ruang dalam otak aku nak masuk negativiti . So jangan libatkan aku, okay?.”-tegas Farra Inalis
Apa komen anda?