Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Aku Sah Bercerai Dengan Jofliam Atas Izin-Nya’ – Cik Epal

    ‘Aku Sah Bercerai Dengan Jofliam Atas Izin-Nya’ – Cik Epal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kemelut rumah tangga pasangan pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sudah sah bercerai.

    Cik Epal, Jofliam sah bercerai

    Berita perpisahan itu dimaklumkan sendiri oleh Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok.

    10 tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja. Aku sah bercerai dengan Jofliam atas izin-Nya.

    Meskipun begitu, Cik Epal mengakui reda dengan segala ketentuan dan takdir yang tertulis untuknya malah menganggap setiap apa yang berlaku dalam kehidupan pasti ada hikmah yang sedang Allah persiapkan untuk setiap hamba-Nya.

    Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia.

    Ini yang Allah takdirkan untuk kami. Dekat dunia ni tak ada apa milik kita. Kita hanya mampu merancangan tetapi Allah tahu apa yang terbaik.

    Doa netizen buat Cik Epal

    Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Cik Epal dan mendoakan ibu kepada dua anak ini dipermudahkan segala urusan dan diberi ketabahan bagi mengharungi ujian hidup.

    Sedihnya, saya sangat sukakan keluarga Cik Epal dan Jofliam. Masih doakan yang terbaik buat keluarga ini. InsyaAllah yang indah pengakhiran nanti.

    Semoga Allah SWT mudahkan urusan Cik Epal dan anak-anak.

    Simpan rapat apa yang terjadi tanpa memburukkan sesiapa. Maju ke hadapan dan pasti ramai yang mendoakan.

    Bertabahlah Cik Epal menghadapinya. Semoga ada bahagia lain di hadapan.

    Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    ALSO READ:  Awal Ashaari, Scha Alyahya Refleks Diri Setiap Kali Bergaduh – ’11 Tahun Perkahwinan Memang Mencabar, Selesaikan Sebaiknya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts