Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Aku Selalu Terfikir Tak Apa Seksi Janji Hati Baik Tapi..’ – Sasha...

    ‘Aku Selalu Terfikir Tak Apa Seksi Janji Hati Baik Tapi..’ – Sasha Abdul Aziz Dedah Pernah Buka Hijab Lepas Diuji Masalah Bisnes

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz berkongsi perjalanan penghijarahannya sebelum membuat keputusan untuk berhijab.

    ‘Aku ingatkan aku bahagia tapi..’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Sasha akui tidak pernah terfikir untuk berpakaian seksi sebelum ini. Malah pernah terlintas di fikirannya bahawa tidak mengapa jika seseorang itu tidak menutup aurat asalkan memiliki hati yang baik.

    Aku selalu terfikir tak apa seksi janji hati baik tapi hati tak pernah tenang. Aku ingat aku bahagia tapi hati resah macam dah ada segalanya tapi masih mencari.

    Namun lama kelamaan, Sasha mula mendekati dirinya dengan agama Islam termasuk belajar untuk menunaikan solat lima waktu dan membaca kitab suci Al-Quran.

    Aku belajar solat balik, aku mula rasa nak belajar Al-quran.

    Mereka selalu kecam tapi aku jenis tak nak baca, takut stress. Allah SWT temukan aku dengan Ustaz Iskandar. Dia mengajar aku mengaji. Daripada langsung tak boleh baca, aku semakin fasih.

    Pada tahun 2021, Sasha mula memakai hijab dan dari hari ke hari, dia cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Namun penghijarahannya itu terhenti selepas diuji dengan masalah perniagaan.

    Dan aku kembali tidak berhijab dan aku mencari kebahagiaan di luar. Aku ingatkan aku bahagia dan Allah SWT beri rezeki waktu tu (anak).

    Walaupun aku berdosa, Allah SWT beri hajat yang aku pinta dan aku ingat aku bahagia dengan cara macam ni. Februari adalah bulan terakhir aku seksi.

    Pada bulan Mac, Sasha telah menunaikan umrah dan dia akui melalui fasa yang sangat bahagia sepanjang berada tanah suci Makkah.

    Siapa sangka, yang pernah seksi dulu, Allah masih jemput. Macam tak percaya. Aku tahu Allah SWT bagi hidayah di sini. Aku terlalu mencari kebahagiaan di dunia sedangkan aku lupa bahagiakan Allah SWT.

    Balik dari Umrah, aku berhijab kembali. Alhamdulillah, masuk enam bulan berhijab.

    Dalam pada itu, Sasha meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, keluarga dan keluarga mentua yang sangat baik dan sentiasa menyokong serta mendoakan dirinya.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Awak Tak Ada Maruah Ke?’ – Jofliam Tegur Cik Epal Suruh Hormat Tempoh Iddah, Sepatutnya Taat & Muhasabah Diri

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar Sasha terus istiqamah menjadi muslimah sejati selain diberi kebahagiaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts