Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah kembali mengejutkan netizen apabila berkongsi satu video di media sosial.
Nonny menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan dirinya yang hanya berkemban berada dalam keadaan mencangkung sehingga hampir menampakkan alat sulitnya ketika mempromosikan produk pelangsingan badan.
Bukan itu sahaja, Nonny juga dilihat menggunakan suara yang mengghairahkan ketika menceritakan produk tersebut.
“Aku Tak Hadap Publisiti Murahan…”
Dalam pada itu, Nonny menerusi Insta Stories, menyatakan bahawa dia yang bukan berasal dari keluarga yang kaya itu tidak kisah akan publisiti murahan selain meminta orang ramai untuk tidak menjaga tepi kain orang lain.
“Aku tak kaya, aku tak miskin, aku tak hadap batang buruk, batang kaki main, aku tak hadap publisiti murahan.
Ini media sosial, suka hati nak buat apa. Jangan nak sibuk jaga tepi kain orang, sampai diri sendiri tak terjaga. Saya jaga tepi kain sendiri sebab kain saya sendiri pun tak cukup.”-tulis Nonny di Insta Stories
Awal Julai lalu, Nonny menjadi bualan ramai selepas memuatnaik satu video miliknya yang memaparkan dia yang mengenakan kaca mata hitam itu sedang membuka baju dan bertindan mencukur rambutnya sehingga botak. Tidak mendedahkan sebabnya bertindak sedemikian, Nonny hanya memberikan kapsyen ringkas pada hantarannya itu.
Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nonny. Apa komen anda?